Sunday, July 28, 2013

Tart Nenas Gebu


Assalamualaikum...

Pagi tadi buat tart nenas. Sebenarnya plan asal nak buat tart nenas nyonya je. Ala... Yang bentuk bunga tu.. Tapi kesayangan hamba ni request tart gulung. Ha??? Mau pitam dengar tart gulung sebab tak pernah buat. Memang tak reti.

Google punya google terjumpa tart gulung gebu yang katanya cair di mulut. Perghh tergambar tart gulung kegemaran saya yang kami selalu tempah di kampung. Super duper sedap. Cair di mulut, lama tak tempah sebab makcik tu dah tak larat nak buat banyak, huhu

Kebetulan LM suka masuk intai resepi kat blog insan cantik ni, maka LM mencuba resepi yang beliau kongsikan di link http://sue-hasue.blogspot.com/2011/08/resepi-tat-nenas-gebu-dan-lembut.html?m=1 ini.

Inilah dia hasil percubaan pertama saya. Alahaiiii gigil tangan akak menekan tau.



Buat dua adunan, mau patah pinggang . Ye laaa tak biasa buat kan...

Resepinya mudah saja
115 gram butter
115 gram minyak sapi
450 gram tepung gandum
Telur gred B sebiji
Air ais jika perlu
Garam jika korang guna unsalted butter

Aduk semuanya dan terap. Letak inti. LM bakar 170 degree selama 20 minit.

Sebelum ni saya pernah makan tart gulung yang guna minyak sapi. Maka saya tau lah rasanya memang kena dengan piawaian tekak saya. Jika korang tak suka minyak sapi tak perlu la guna resepi ni.

Saya ni memang suka minyak sapi, saya tak minat tart yang garing dan keras. Sebab tu berani nak cuba resepi ni. Lain kali cuba resepi lain pula kalau rajin, hehehe.

Buat dua adunan je dah nak putus asa, ni ada harapan ke nak buat lagi? Hew hew hew
www.tips-fb.com

6 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

AWAK..KALAU KITA XMAKAN DA TART AWAK NIE..SEBAB DE MINYAK SAPI HUHU

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Tergoda Dan menggodanya lau singgah blog Adik ni, mcm2 Ada, dr kek smpi la ke tempoyak patin,huhuhu


Sebeday syafiq bape hb dik? :)

sea_lavender said...Reply To This Comment

kuih tart~~hee :D ske tgk org makan..
skg da mcm inti2 dalam tart...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Suka suka suka makan.. Haha.. Teringin nak pegi beraya kat umh LM la... Banyak buat biskut n kuih yg sedap ni......

deno said...Reply To This Comment

nyum3!!! ini tak sabar nak mkn kuih raya ni^^

Yan Ty said...Reply To This Comment

Bila cheq boleh makan Tat ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...