Thursday, July 11, 2013

Tauhu Kering Inti Daging


Assalamualaikum

Bila badan tak larat, idea nak masak apa pun tak muncul- muncul mula lah LM geledah peti sejuk mencari bahan apa yang ada tersimpan.

Terjumpa tauhu kering yang haritu beli konon untuk buat mee kari tapi tak terbuat. Maka dari dibiar rosak baik dijadikan hidangan. LM isikan dengan daging hancur yang dicampur cili, lada hitam, garam, bawang serta daun bawang dan sumbatkan dalam tauhu tu. salut dengan telur dan goreng garing.




Benda ringkas macam ni pun sedap juga buat lawan nasi.

Mana yang mampu kita masak seeloknya kita sediakan sendiri. Beli tu boleh sekali sekala sebab hampir semua di antara kita mampu nak beli cumanya kesedapan dan kebersihan makanan yang kita buat lebih terjamin. Minyak yang kita guna di rumah pasti lebih berkualiti dari peniaga tu guna kan?

Sebab itulah LM lebih suka masak sendiri sebab lebih baik kita makan beras basmathi dari beras berkanji. Lebih baik guna minyak bunga matahari atau minyak jagung atau olive dari minyak biasa, garam pun macam tu juga... Bila bahan yang bagus pasti makanan kita sedap dan baik untuk badan kita. Kalau boleh jangan la tiap hari asik makan di luar, kena sayang badan juga kan?

Ops, dah lari tajuk ni.. Okey la.. Selamat memasak bagi yang nak mula memasak tu ye
www.tips-fb.com

6 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Syioknya LM dah mula masak..saya msh di sek lg

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila sudah diolah jadi makanan sedap pun kan...

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

wow.. sedapnya...
tak pernah buat dengan tauhu kering lagi.. biasa guna tauhu basah biasa tu... nanti nak cuba lah.. tq...

Asyifa Mustaffa said...Reply To This Comment

masak sendiri...dijamin bersih..!

D_08 said...Reply To This Comment

errmmmm.pandei betoi le cik LM ni mereka ape nak dimasakkk..... hebat... betoi...kite masak sendighi...kite tau menjagenye.... kalo kat luooo... entah2 minyak yang gune goreng tu pun dah gune 3 - 4 hariiii

Nurul Ain Zulkarnaind said...Reply To This Comment

menarik ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...