Friday, July 19, 2013

Time Tidur


Assalamualaikum


Sedapnya dak kenit ni tidur. Ermm budak lasak ni kalau dia tak bangun sahur pun dia akan tidur sampai pukul 9 lebih ke sepuluh pagi.

Siap- siap mandi dan layan dia main dan baca buku serta menyonteng kertas kami akan ambil qila. Time tengah hari jangan harap la dia nak tidur sebab dia bangun lewat.

Time nak gosok baju ke, nak angkat baju atau apa ke kerja kena la tahan hati dengan perangai merepek dia sebab memang dia tak akan tidur walau dah masuk buai.

Kadang kala sampai pukul 4-5 petang walau mata dia dah tak larat nak buka pun dia masih ligat bermain. Ke dapur asik tekan air sejuk, buka peti ais nak aiskrim, bergayut kat almari nak gula- gula susu dan itu ini sampai geram rasanya sebab tak boleh nak masak awal untuk siapkan juadah berbuka.

Kalau nasib baik dia akan tidur pukul lima lebih dan dapat la saya masak dengan aman. Kalau tidak... Lepas berbuka puasa la dia akan terlelap. Masa tu rasa fuhhhh aman dunia. Hihi

Lain macam layan hero sorang yang ligat ni. Kalau dia nak melukis pun dia libat kan kita. Tarik tangan suruh saya pegang pensil. Suruh baca buku sampai kering tekak. Huk huk huk...

Tapi... Bila dia tidur lama sangat tak mau bangun tau pula saya rindu sampai duk cium dia tak henti- henti.. Hihi..

www.tips-fb.com

4 comments:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

sama cam haikal.. kalau tido malam nyenyak.. bangun sahur lepas tu tido balik.. kalau nak kejut mandi kul 8 bukan main payah.. liat pada dari tanah liat..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Biasanya macam itulah dik. Kalau dia ada macam mengacau tapi bila dia senyap sendiri rasa tak selesa..

diana said...Reply To This Comment

hahaah..manja sangt nih..

D_08 said...Reply To This Comment

senang je cik LM..... cik LM landing sebelah dia..... membuto samo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...