Thursday, August 22, 2013

Ada Open House Baru Nak Datang?

Assalamualaikum..

Budaya ziarah menziarahi memang amalan kita orang melayu. Menghidang kuih muih dan sedikit hidangan buat tetamu amatlah kita galakkan.

Bagi saya, kalau kawan bagi tau awal nak datang saya akan goreng kan mee atau apa saja untuk mereka selain hidang biskut raya. Open house? Owh saya tak pernah kot buat open house sebab saya lebih suka berbual dengan tetamu yang datang. Kalau ramai sangat takut tak sempat nak layan. Asik menambah lauk dan air ( aku bukan orang kaya nak tempah katering beserta pekerja) sampai tak sempat layan tetamu.

Paling ramai saya undang orang pun dalam empat ekor ayam saja.. Agak2 la ye berapa orang tetamu tu.

TAPI...

Perasan tak? Ada kawan jenis bila kita undang dia akan datang. Bila takda upacara makan berat dia tak beraya rumah kita. Sangka baik je la.. Mungkin dia tak sempat. Tapi, bukan ke beraya ni tak perlu diundang?

Menziarahi dan bermaafan ni bukan time raya saja. Tapi sebab bila raya kita rasa lebih semangat untuk berziarah dan memohon maaf, maka itu digalakkan.

Err raya tahun ni tak dapat jalan berziarah jauh2... Busy semacam je rasanya. Bagi yang rasa sudi nak jalan raya bagi tau lah ye, saya akan tunggu kat rumah.. Tak raya pun boleh datang juga.. Takda hal punya.. Hehe. Kalau nak tunggu open house memang takda la .. Ekeke
www.tips-fb.com

3 comments:

GREENJADE said...Reply To This Comment

betul lah sis x pyh tggu open hse br nk terjah kans..

..sy pun suka tetamu dtg aje x pyh nk ber'open2 hse br nk jemput semua..my hse alws & everyday open for guest..hehe

slmt hari raya sis :)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...Reply To This Comment

err...time raye la tak segan sisi.lol.kalau tak raye, org tak jemput..segan la..huhu

deno said...Reply To This Comment

ya betul2... biasanya mcm tu la org skrg, buat open house baru nak dtg.. saudara deno kan, deno ajak la dtg rumah beraya.. pastu dia tanya... "ada masak apa??" geram juga. deno cakap la... dtg la beraya dulu, kan nak raya bukan nak makan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...