Sunday, August 11, 2013

Berbudi Pada Tanah- Wah Pokok Tomato Ceri Dah Berbuah


Assalamualaikum
Alhamdulillah... Selamat sampai rumah ku syurgaku pukul empat petang tadi. Tak masuk rumah terus jenguk keadaan pokok bunga dan sayuran yang kering kontang ditinggal lama tak bersiram balik raya aritu.

Belek pokok tomato ceri kesayangan hati mengharap ia berbuah sebab pokok yang saya bagi emak aritu dah berbuah kenapa saya punya masih tak mau berbuah.

Belek punya belek rupanya dah ada lima biji pun putik tomato ceri tu. rasa nak menagis kerana terlalu gembira... Hehehe



Syukurlah.. Berbuah juga akhirnya. Ye laaa dah bertahun tak bercucuk tanam sejak balik dari qatar memang tak menanam sangat. Bila pokok yang kita tanam mula mengeluarkan hasil pasti hati berbunga riang.. Kan?

Walau ada orang tu perli pokok tomato kiter keding kurus meninggi takpe laaa, nanti saya letak baja elok2, janji hidup kan? Ehehe
www.tips-fb.com

1 comments:

deno said...Reply To This Comment

bila kita berbudi pada tanah, isnyaallah kita akan dapat hasilnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...