Tuesday, August 20, 2013

Bila Ada Ayam Goreng Mamak


Assalamualaikum..

Hari ni tak reti nak masak apa yang dikira simple.. Haha. Akhirnya sebab tekak teringin nak makan ayam goreng mamak style, saya goreng saja dan cuma lawankan dengan sayur bayam campur kobis cina yang dimasak bening. Telur asin juga penambah perisa kata orang..



Bila ada ayam goreng ala mamak ni azhad dan acha laju la makan. Nak- nak ayam ni rangup, tak makan nasi pun takpe. Asik meratah lauk je la budak ni nanti.

Sebab lauk kering je, maka saya perlu masak sayur berkuah. Tercekik pula kalau makan tak berkuah nanti.. Hihi

Tekak tak rasa nak makan pelik2... Setakat ni nak yang simple je la.. Err kalau rajin esok nak buat mee kari. Ecehh kalau rajin , kalau malas makan lauk sardin je la..

Eh korang masak apa malam ni?

www.tips-fb.com

4 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

saya pun samalah, sejak makan banyak masa balik kampung hari tu, datang sini tekak mula rasa nak makan yg simple je... semalam ada makan telur masin, ayam tuang kicap dan kangkong goreng, arini tomyam dan telur dadar je..

ogyep yummy mellow said...Reply To This Comment

Salam U.. lama tul tak jenguk kat sini.. masih tetap meriah nampaknya.. maklum le, ogyep MIA jap..

Kalau ogyep, telor masin tu aje dah membuka selera..

BungaTulip said...Reply To This Comment

Makan lauk macam ni pun dah sedap kak. telur masin tu membuka selera :)

Tina Othman said...Reply To This Comment

sedapnya

lama tak makan telur masin, dulu2 suka buat kuah lemak telur masin

oh ye dinner smlm beli je hehe sebab tukang masak malas nak masak balik keja dah lambat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...