Saturday, August 31, 2013

Bila Cuti

Assalamualaikum

Hola semua. Hari ni sabtu. Yeayy cuti. Err bila cuti time raya ni paham- paham ler ye, open house melambak. Bila orang dah ajak kena la cuba hadiri sehabis baik. Yang dekat diutamakan...

Hari ni ada 2-3 open haouse di kediaman kami, rasanya nak pergi dua je sebab lepas tu nak pergi ke nilai open house rumah opismate incek laling dan nak ziarah raya sahabat dia seremban jika dia ada.

Si kenit lambat bangun, sempat lagi saya bersihkan peti sejuk kejap. Simpan segala ikan bilis, udang kering dalam bekas tertutup dan susun sana sini. Yeahhh bersih dan tersusun. Belacan dan kerisik di tempat yang tertentu, tepung hong kong bagi letak hujung sana jangan sampai ada bau belacan. Ekeke. Bila mau abiskan tepung hong kong? Err kalau rajin nak buat kek sarawak kan bagus... Ehehe

Okey la.., bila cuti sambar je la kerja yang mana sempat. Tak pulang kampung pun. Moga majlis kenduri doa selamat adikku zura yang bakal melahirkan berjalan lancar, maaf kaklong tak dapat balik.

Babai semua.. Nak iron baju . Tak tau nak pakai warna apa.. Ehehe. Abaya je yang dah siap gosok. Tapi kalau nak beraya sampai lewat petang tak sesuai pakai sutera kan? Err cancel!!! Nanti kedut seribu. Huhu
www.tips-fb.com

1 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

nak buat kek lapis sarawak ker kak? hehe.. ejulz nak buat kek cheese oreo. tapi kat sini susah nak cari cream cheese anchor n roti cheese..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...