Tuesday, August 13, 2013

Cempedak Dan Kelapa

Assalamualaikum...

Sedang sibuk layan acha dan syafiq makan kuih raya tiba- tiba kak ani jiran sebelah sms kata suruh ambik cempedak kat pagar. Tapi kena peram dulu sebab esok dia ada kimo takut dia lupa nanti nak bagi.

Dengar cempedak saya terus laju suruh azhad ambik. Terkial2 budak tu nak ambik, sampai kak ani dan suami dia keluar nak bantu ambik kan. Dorang sangkut plastik tu kat pagar, rupanya sampai tiga biji cemepedak tu. plastik tu pun hampir koyak sebab berat sangat.. Hehe, rezeki

Apa yang bestnya bukan saja cempedak yang hampir masak dah ada bau tu saja dia bagi tapi siap bagi gula melaka dua ketul dan juga kelapa inti( kelapa untuk buat inti) dua biji. Yihaaaaa. Hati ku berbunga riang. Bileh buat kuih koci nanti.

Alhamdulillah... Dah lama teringin nak makan cempedak goreng sejak bulan puasa aritu. Tak sangka ada rezeki rupanya nak dapat cempedak. Adat berjiran... Orang memberi kita merasa. Syukur lah dapat jiran baik hati:)
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Syoknya macam tu, ada jiran yang baik hati.. Boleh makan cempedak goreng nanti..

najihah sahami said...Reply To This Comment

amboi..dapat bahan terus je idea mencurah2 nak buat apa dengan semua tu ye. teror la kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...