Friday, August 16, 2013

Kedai Makan-Peniaga Pengotor

Assalamualaikum...

Hola!
Masih dalam mood raya? Samala... LM pub baru je nak mula raya rumah sahabat handai.

Bila beraya jauh- jauh belum sampai tumah perut dah berkeroncong mulalah kita tercari- cari kedai makan mana yang sesuai untuk kita mengalas perut.

Bab mencari kedai makan yang sesuai ni buat LM ngeri. Kalau nak makan lauk ikan takut tak dibasuh bersih perut ikan tu tapi kalau beli ayam pun belum tentu bersih juga kan?

Gambar ni LM save dari group yang LM join. Bulan puasa aritu ada orang tu beli kari dapat kaki dan kuku ayam sekali. Grrr sangat lah pengotor si peniaga

Tak kira la bln puasa atau bulan biasa pun, rasanya memang peniaga perlu titik beratkan soal kebersihan setiap masa. Kalau ayam goreng ada bulu ayam yang dah garing tu perkara biasa kita jumpa..



Tapi kes gini kalau ada dalam periuk mana kita tau kan? Eii memang ngeri tau nak makan kat kedai yang tak biasa masuk ni.

P/s: walau bukan saya yang beli tapi tekak ni tetap kembang jugak:(
www.tips-fb.com

7 comments:

Syafiq Rosli said...Reply To This Comment

huh ada kuku skali tu..mmg tak makan..kaki ayam

Rozuan Ismail said...Reply To This Comment

Better masak sendiri bawak bekal. Peniaga mcm ni memang nak untung lebih je.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

wah, ngeri tu...tukah, risiko makan kat luar ni, kedai yg macam ni saya terus tak jejak dah lepas tu..

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

kalau dah camni rupa.. yang lain2 ntah2 dia main bilas camtu je. Kuku kaki ayam pun tak potong. saya hari ni pun terkena jugak. asben blk hantar nasi bungkus.. ikan pari yg dia masak tu bau hancing.. Macam mana la agaknya dorang meniaga yer.. takkan tak bau ikan tu sebelum nak masak & jual. saya pun tak pasti kenapa ikan pari tu bau hancing... selalunya dok masak ikan lain je tak pernah lagi masak ikan pari jadi tak arif sangat dengan ikan pari ni

akmaL said...Reply To This Comment

kalau kedai cmni, memang taubat xdtg lagi la nampaknye kan..

deno said...Reply To This Comment

erk... deno tak pernah makan kaki ayam sbb tak pandai.. makan isi ayam je.. hehe

.: iEyLa :. said...Reply To This Comment

yukksss...kotor nye... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...