Thursday, August 1, 2013

Kek Buah Kukus- Empat Jam Okey!


Assalamualaikum

Hai semua. Apa khabar. Eh lama tak mesra- mesra ngan korang. Agak tak sihat hidung tersumbat, tekak pahit je ni.

Al kisah i ni teringin sangat nak makan kek buah kukus yang moist tu. Mahal ooo kalau nak beli. 10 tahun lepas pun masa butter harga rm2.++ harganya dah rm 40 sebijik. Sekarang?? Jangan la ko berani tanya harga kalau ko jenis kedekut nak bagi orang duit wahai LM oii



Tara... Ni kek buah kukus i yang siap pukul 1 pagi tadi. Empat jam okey i kukus dengan perasaan penuh mengantuk sampai tergolek i tertido tunggu timer tu berbunyi untuk tambah air kat kukusan.

Maaf la ye gambar tak lawa sebab kek tu siap jam satu pagi, yang saya ni gedik gi potong pukul 3.30 pagi apa kes?

Tapi... Dah kek sendiri. Modal sendiri, dapur sendiri. Ada aku kesah? Takda saper nak marah pun. Potong je la kalau nak sangat makan kek tu. masih suam tau masa potong tu.. Ekeke, jenis tak menyabar ...

Buat kek ni tak la payah mana. Tapi jadi mencabatnya adalah masa nak tambah air. Bila air kering, nak top up tu kena tambah air panas. Ohoho... Kalau terlelap memang kacau bilau gak la kalut nak jerang air.

Yang menjadi masalah peribadi dan mencabar adalah.... Tetttttt

I punya kukus, kena angkat loyang kuih baru boleh masukkan air. Korang faham tak? Dia bukan jenis kukus bertingkat yang korang boleh angkat lapisan atas dan tuang air. Korang kena angkat loyang kek dan tanggalkan loyang lubang2 tu baru boleh masukkan air panas tu. grrr aku bencik main benda panas. Sanggup bakar selapis selapis dari main wap kukus. Bahaya okey!

Setelah perperang dengan perasaan gentar takut kek i tak jadi, maka i boleh senyum kambing pukul satu pagi bila dapat intai kek tu menjadi. Ahakss.

Terima kasih la kepada sifu tersayang kak yatie yang sudi taip entri panjang letak resepi berserta tips untuk kek ni menjadi cantik sempurna. Siap pm kak yatie lagi tu... Punya la takut kek tak menjadi. Lagi pun... I study resepi tu tiga hari tau sebab gentar punya hal. Ahaks

Ni link resepi tu kat blog kak yatie. Malas la saya nak taip seketul2 pakai iphone ni. Kalau typo nanti tak jadi pulak kek korang
http://yatiememories.blogspot.com/2013/05/kek-buah-kukus.html?m=1

Buat laling i, adish shida... Bila u nak buat kek ni? Eh ke u tak suka kek buah?

Apa pun.. Bagi penggemar kek buah kukus, korang wajib cuba resepi ni. Tak susah mana pun. Semangat je perlu kental. Ehehe
www.tips-fb.com

2 comments:

Yatie said...Reply To This Comment

yeayyyyyyyy...dah menjadi kek kukus buah adik manis ni, mmng mencabar bila pertama kali buat kan....alhamdulillah akhirnya kek menjadi....jngn risau, kek ni lebih sedap bila dah semalaman...tahan lama tau..makin lama makin moist...btw tq sudi mencuba ya dik..

Mas Zull said...Reply To This Comment

assalamualaikum lydia....wah sedap kek ni...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...