Wednesday, August 14, 2013

Nasi Goreng Daging Je Yang Mampu

Assalamualaikum

Pagi tadi keluar sarapan. Ngap roti canai sekeping. Perghhh memang terbaik. Garing di luar dan lembut di dalam.

Bila dah kenyang mula la rasa malas. Haha.. Duk urus baju je la mana nak lipat, mana nak sidai dan mana nak di gosok. Semua kenyang nampak macam tak mau minta lunch saja?

Jangan di sangaka air yang tenang takda buaya.. Ekeke.DAN jangan disangka orang kenyang tak mau makan tengah hari, dushh, rasa nak lempang diri sendiri kerana lewat masak. Akhirnya pukul satu saya gagahkan diri buat nasi goreng daging memandangkan nasi malam tadi masih banyak dan elok lagi.

Nasi goreng daging saja yang mampu saya telan buat ketika ini. Tak selera langsung nak makan nasi berlauk. Cuma pecahkan telur dan letak kacang panjang dihiris nipis alhamdulillah semua budak kecik tu tersandar kekenyangan, ops termasuk ibunya sekali. Ehehe

Cukup enak dah tu, ada daging ada sayur dan telur, tak pedas sangat dan makan time panas. Ermmm sangat menyelerakan terutama air tangan ummi yang sentiasa ikhlas ketika memasak(ecehh).

Err bebel punya bebel.. Korang lunch apa arini? Yang sedang berpuasa tu selamat berpuasa ye. Pastikan jika anda wanita habiskan puasa ganti dulu sebelum buat puasa enam. Dulu kan yang wajib baru kita langsaikan yang sunat itu lebih afdal...

www.tips-fb.com

1 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Sedao jugak ns goreng sekali skla..hehe


Rin buat sardin je LM...rasa mcm dh tepu perut nak makan bnda lain..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...