Saturday, August 24, 2013

Roti Bakar Keju Coklat


Assalamualaikum..
Hola.. Hai semua.

Aha.. Mood busy arini. Jangan sampai tergolek sudah. Sebab busy makanya arini buat bekpes roti bakar keju coklat yang sangatlah popular di negara jiran kita di indonesia



Super sedap..

Roti tu saya sapu butter dan lepas tu parutkan cheddar cheese sesuka hati. Tabur coklat urai dan buat dua keping kemudian lapik dua. Bakar kan ke dua belah roti tadi.

Bila coklat dan parutan keju mencair.. Perghh rasanya memang umphh. Meleleh hingga menjilat jari.

Banyak keju lagi sedap okey! Tapi sebab ahkak ni sedang menjaga 'bentuk badan' ( ecehh sila muntah) maka tak boleh la byk makan keju dan coklat. Tak gitu?

Err gastrik makin okey. Kena jaga perut elok- elok supaya persiapan untuk kenduri esok akan berjalan dengan lancar. Kupas bawang pun tak siap lagi nih. Haiyaaa

Bila den nak merendang? Kerisik tak buat lagi. Ohoho.. Semuanya den kena buat sendiri. Kalau badan masih larat dapat la mengekek ke mencistat ke.. Membahulu ke. Kalau tak.. Silap2 agar2 merah pun tak terbuat. Inilah nasib anak perantau. Uhukkk semua kena sendiri. Mujur mak ayah dan adik datang petang ni

Pengajarannya... Kena berdikari dan jangan harap pada orang lain. Buat kerja ikut aturan dan senyum walau letih mana pun. Moga Allah mengasihani hambanya yang teraniaya.. Ecehh teraniaya la sangat kupas bawang sambil lap air mata. Ahaha

www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

jangan panik... insha Allah majlis sok berjalan lancar.... untung adik beradik rela datang menolong....

diana said...Reply To This Comment

boleh buat bisnes nih..untung makan sorang je..ekeke

ejulz said...Reply To This Comment

ejulz nak buat kek cheese oreo.. tapi x dpt cari krim cheese ancor..

deno said...Reply To This Comment

wah... terliur pula deno malam2 ni kak :)

Ummiarissa Mahdi said...Reply To This Comment

resepi baru ni...best pulak tu,harus mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...