Wednesday, August 21, 2013

Tip Membasuh Baju


Assalamualaikum...

Hola.. Sihat semua?
Ehem, tajuk bukan main.. Kikiki

Aha, bukan tip sangat pun saja je nak cerita pasal kisah basuh baju. Kat rumah saya baju memang tak pernah habis dicuci. Bukan apa, sekali cuci tu kalau boleh tak mau lah sikit sangat, rasa membazir air dan letrik la pulak.

Saya ni kalau basuh baju yang warna hitam semua warna hitam. Maksud saya bukan la hitam semua tapi biasanya saya campur hutam dan biru pekat tu sekali. Seluar jeans dan seluar sekolah biasanya saya cuci bersama. Dengan cara ni pakaian yang warna cerah tu tak la rosak warnanya kena seluar jeans yang biasanya warna dia akan luntur kan? Eh ke ada yang main campak campur saja pakaian tu? Jangan buat malu kaum wanita okey!



Tu dia.. Dah siap jemur. Hari ni cuci yang putih, hitam dan juga yang cuci tangan tu empat helai abaya. Abaya aka jubah perlu cuci dengan sabun khas dan memang perlu cuci tangan sebab nanti batu dia tanggal kalau cuci pakai mesin.. Huhu dah la maheii kema jaga elok2 kan?

Baju yang merah atau maroon saya akan kumpul cuci bersama. Tu yang buat bakul baju kotor tak pernah kosong tu.. Ehehe, betul tak?

Baju harian yang biru cair, kuning cair dan warna biasa tak luntur warna tu saya cuci sekali. Belum kira bab tudung yang kena cuci tangan tu.

Siapa kata mendobi ni mudah? Sebab tu bila pulang rumah mertua saya cukup jaga tentang pakaian. Anak2 ni masa mandi main campak je baju di luar bilik mandi. Memang saya jaga takut ada orang lain campak baju mereka dalam mesin basuh dan akhirnya tshirt rosak sebab seluar jeans turun warna.

Sekarang ni saya bebel kat mereka. Kalau lepas mandi baju bawa masuk bilik..ekeke. Bila rumah sendiri senang nak kawal, kat rumah orang sepah2 baju memang susah bak cari satu persatu nanti.

Kesimpulannya.. Kalau nak baju tahan lama, basuh la asing ikut warna. Masukkan dalam net baju supaya tak la baju tu tertarik2 terus rosak menggeleber lehernya ..

Kalau korang perasan, orang yang main campak je baju dia dalam mesin dan baju bercampur warna ni baju mereka cepat rosak warna. Cepat kusam. Warna tak berseri. Haaa tu bab membasuh belum masuk bab pemilihan sabun lagi kan? Ecehhh kemain lagi entri tak ingat dunia. Ekeke

P/s: saya ada baju kuning. Tapi jarang pakai sebab malas nak cuci tangan sebab dia je selai kuning tak berbaloi la bak pakai mesin basuh. Itu sebab tuannya sangat pemalas. Ahaha
www.tips-fb.com

4 comments:

Ujie said...Reply To This Comment

saya pun asing2 gitu, walau cuma berdua. tu yg org nampak asik menyidai. ada sesi putih la, hitam la, jeans la..

diana said...Reply To This Comment

semestinya kena asingkan.lagipun ada jenis kain yang tak boleh pusinmg lama2.ada yang kena pusing lama jugak..kan??.satu lagi saya kalau sidai baju..kena sama je semua..satu baris seluar,satu baris baju,satu baris lagi baju kurung macam tu la sebab senang nak lipat simpan dalam almari nanti..ikut turn la bila nak lipat..memula lipat seluar dulu,lepas tu baju..ha..macam tu la.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Teliti.. Boleh dicontohi ni. baru tahan lama baju yg ada tu..

Suhaila Zahari said...Reply To This Comment

Sy pn kategori malas membasuh jgk.hehehe.Tp kalau sy basuh,mmg sy basuh betul,asingkan semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...