Friday, August 30, 2013

Water Roux

Assalamualaikum

Pernah dengar water roux? Bagi sahabat yang giler membuat roti mesti dah tau. Tapi bagi saya yang tercari- cari resepi roti sedap pasti tersentap sebab tak tau nak cari mana water roux ni.

Alahaiiii sangat sentap tau. I pusing kedai bakery tak jumpa jual benda ni. Orang kata nak dapat roti gebu kena letak water roux. Tapi apakah bendanya tu?

Alkisah... Sejak di Qatar lagi saya dah mula menjenguk blog noorsha. Haaa dulu google resepi waffle dia blog dia la, alaaa resepi waffle LM yang letak cream cheese tu. Hari ni pemilik blog ni yang LM anggap sifu masakan berkongsi resepi bun yang nampak sangat gebu. Katanya dia merujuk dari blog mamafami. Kalau tak silap LM la.. Maaf kalau silap.

Ni link blog noorsha www.noorsha.blogspot.com

Dalam resepi ni sha ada kongsikan cara nak buat water roux. Rupanya bahannya sangat mudah.

50 gram tepung gandum
250 gram air

Kacau sampai tidak berketul dan kacau 2-3 minit atas api perlahan anggaran 65degree. Hati- hati jangan sampai terhangus. Simpan dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk. Bila nak guna biarkan pada suhu bilik

Dulu, masa di Qatar LM guna resepi mee kuning dari mamafami la. Zaman dulu takda fb LM rajin berutus email dengan mama. Alhamdulillah mama ni baik dan tak kedekut ilmu.

Ok lah.. Sementara ingat ni tu yang nak share kat korang apa dia water roux terutama adik rain yang chantek tu yang suka kalau sis LM dia share apa je berkaitan roti ... Hehe. Moga ilmu yang dikongsi oleh sha dan mama ni bermanfaat buat kalian semua yang gemar membuat roti.

Jumpa lagi di lain entri, maassalamah.
www.tips-fb.com

4 comments:

✿ pink velvet ✿ said...Reply To This Comment

baru 1st time dengar, hehe!

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

macam mana pula nak tahu kepanasan dah sesuai ni? kena ada alat kot... hihi, kaedah tanya macam saya nak buat je...

baru tahu kali ni ada benda water roux ni untuk jadikan toti sedap...

ieda immi said...Reply To This Comment

x dpt pencerahan nya lagi dik !

diana said...Reply To This Comment

LM nak jadi blogger masakan pulak ke??heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...