Wednesday, September 11, 2013

Burger Ummi Lagi Sedap


Assalamualaikum...

Salam semua.

Hari ni hari malas sedunia. Malas nak masak. Kebetulan maisarah sorang sekolah arini sebab azhad cuti budak UPSR, maka saya buatkan burger je untuk dorang lunch dan bekalan maisarah ke sekolah.




Simple je, macam biasa mereka takmo sos cili. So saya letak daging burger , keju dan mayo saje ops salad jgn lupa. Sebab roti massimo dengan germa gandum tu banyak lagi saya beli dua hari lepas maka tak pakai roti burger la. guna roti ni lebih berkhasiat dan lama kenyang nya.. Hihi

Sebut pasal burger, biasanya anak2 ni beli di fast food je . Entah, mungkin susah nak cari burger tepi jalan yang sedap di sini selain burger bakar. Kalau kat segamat tu ada lah burger yang ngam di tekak.kat sini dengan sos cili murahnya tu.. Alahaiii memang tak sedap. Mayonis murah.. Grr tak sedap nya:(

Sebab burger ummi lagi sedap, maka beli saja roti burger, daging ayam atau lembu jenama Ramly. Mayonis yg sedap dan boleh letak apa saja dalam burger korang tu tanpa rasa kedekut. Haaa untung okey!

Modal baru berapa tapi dapat makan sampai kenyang tersandar. Ops, masak perlulah ikhlas ye adik2, senyum dan selawat masa sediakan makanan. Gerenti sedap. Ops!

Jangan tepuk dahi bila timbang berat korang naik cantik lepas menikmati burger sedap hasil air tangan sendiri ye.. Ekeke

Okey lah, jumpa di lain entri..
www.tips-fb.com

2 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

hahaha.. ejulz kalau nak buat beger pegi kedai ramly kat bangi.. murah.. :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ummi masak dengan penuh kasih sayang.. tu yg semua pun sedap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...