Thursday, September 19, 2013

Cekodok Pisang


Assalamualaikum
Salam ceria buat semua. Sihat? Adik syafiq masih tak okey lagi, still cirit birit dan muntah:)

Pagi ni saya buat cekodok pisang saja untuk sarapan. Itu pun sebelum solat subuh dah lecek pisang dan terus adun. Seusai solat subuh terus masak.




Tu dia... Buat garing sket harini. Sebab dah simpan lama adunan tu warnanya lebih gelap.

Sebenarnya aqilah marsya merengek dari tengah hari semalam asik nak minta saya buatkan cuma tak larat nak buat sebab semalam busy mencuci segala kain cadar dan selimut yang dimuntah oleh syafiq. Lagi pun kelmarin dah belikan cekodok pisang tapi tak berapa sedap. Keras, so aqilah tak mau makan:(

Budak ni agak sikit mengada , nak air tangan ummi juga. Tapi saya tak layankan sebab memang tak larat nak buat semalam. Pagi ni laju- laju buat untuk dia bersarapan. Senyum lebar la dia dapat apa yang dihajati:)

Doakan adik syafiq cepat sembuh ye.
www.tips-fb.com

7 comments:

Tihara said...Reply To This Comment

sedapnye cekodok pisang pagi2 :)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Umi pun lega bila dah dapat tunaikan apa yg anak nak kan...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

tak sihat lagi syafiq? semoga cepat sembuh ye.... naim pun masih demam, tapi sejak lewat semalam dia nampak aktif sikit, dah tak risua sangatla....

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

makin gelap makin sedap kan kak? hehe

Ann Ishak said...Reply To This Comment

kodok pisang ni kalau lagi gelap kaler dia lagi sedap, ermmmmm :)

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

ciannnn syafiq....

ejulz said...Reply To This Comment

menyelerakan.. lebih2 lagi kalau tengah panas.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...