Wednesday, September 4, 2013

Cendawan Goreng Rangup


Assalamualaikum
Hola...

Nafsu makan melonjak- lonjak dengan girangnya. Hahaha

Petang ni teringin nak makan cendawan goreng rangup. Lama dah tak buat sebab selalu kecewa sebab resepi yang guna tu tak la rangup sangat. Kali ni guna resepi lain. Wahhh berjaya! Sama macam resepi sotong celup tepung jugak rupanya


Tu sebahagian yang sudah di goreng tadi. Sekarang ni dah habis licin jangan la berangan korang nak mintak. Kalau nak gi goreng sendiri. Hehehe

Buatnya mudah saja, bahan:
-Cendawan tiram di cuci dan dilap dengan tisu agar airnya kering
-1@2biji telur( dikacau)
-tepung jagung secukupnya di campur garam, serbuk kari jika suka atau serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam.(LM guna serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam sesudu kecil).

Caranya, panas kan minyak. Celup cendwan dalam telur dan terus celup dalam tepung tadi. Pastikan tepung tadi sudah digaul bersama garam dn bahan lain tanpa letak air tau. Biar dia kering macam tu je. Lepas salut dengan tepung terus goreng hingga garing. Toskan dan sedap di makan time panas. Yummy

Cerita kisah cendawan salut tepung ni, sebenarnya makanan ni dulu banyak di jual fi area selatan johor dalam 15 tahun lepas memang popular di sana. Lepas tu mula merebak ke merata tempat.

Pertama kali makan di JB harganya rm2, besar2 cendawannya. Masa tu cendawan tiram murah saja. Sepaket baru RM1 dan banyak sungguh kuantitinya

Bila sekarang makanan ni dah popular dan di jual di pasar malam dengan harga rm2 dan guna tepung yang ready made pada tekak ku tak sesedap mana tu memang la rasa sedih . Bagi penggemar makanan ni korang mesti tau rasanya yang rangup tu memang aumm kan?




www.tips-fb.com

12 comments:

Yan Ty said...Reply To This Comment

Haih , dugaan org kt opis lagi ni kak oiii...

Putri said...Reply To This Comment

tengok pun dah tau rangup....salam kenal

deno said...Reply To This Comment

sedap2!!!! deno sangat2lah suka cendawan goreng tepung ni.... baru2 ni pun ada buat.. mmg sedap! ^_^

Hanis Azla said...Reply To This Comment

As-salam LM..

Wah.. sedapnya.. legi best sebab buat sendiri.. kat tempat akak selalu beli goreng pisang ada jual cendawan goreng yang sedap.. so setiap kali nak makan cendawan goreng memang akan akan beli di gerai tu aje..

D_08 said...Reply To This Comment

buat sendiri jugak yg best,..... boleh buat banyak...... beli pasar malam... RM2 ...dapat secucuk je.....

Wan Ahmad Izudean said...Reply To This Comment

terbaik2..memang sedap. terliur nak makan cendawan goreng lah ^^

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Sian ty. Selalu blk lwt ye

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Salam kenal putri

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Tu la , mmg sedapnkan deno

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Kak fea, mmg syok klu dpt yg rangup dan terasa rempah ratusnya kan

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Tu betul.. Dpt mkn byk. Ahaha

Lydia Miza said...Reply To This Comment

Sila carik sebelum terliur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...