Wednesday, September 25, 2013

Denda

Assalamualaikum...

Sampai sekarang saya masih tertanya- tanya di dalam hati. Mungkin hati saya belum ikhlas memaafkan perkara tersebut sampai ia tetap bermain difikiran saya.


Beberapa bulan lepas, masuk saja dalam kereta aqilah kata dia kena berdiri atas kerusi sebab tak bawa buku bahasa melayu. Hati saya agak panas sebab rasanya takda pun buku dia tertinggal. Bila anak tadika umur lima tahun tak bawa buku itu bukan salah anak tapi salah ibu bapa sebab tak siapkan peralatan anak dengan baik. Layak kah anak sekecil itu di denda?

Dengan laju saya park kereta dan selongkar almari buku , bawah katil anak dan seluruh biliknya serta bilik yg ada almari buku tak terlepas hall pun saya cari tapi takda.

Saya terus capai duit ke sekolah tadika semula. Saya jumpa cikgu tersebut dan mina dia tolong belikan buku tersebut, tetapi katanya buku tersebut kena beli satu set tak boleh beli sebiji2. Saya minta jasa baiknya untuk fotostat sebab saya kata di rumah memang takda dan dia pun bertegas kata buju tu tiada dalam simpanannya di sekolah.

Kenapa sy ke sekolah? Sebab saya tak mau anak meragam tak mau ke sekolah sebab takda buku dan asik kena denda. Saya cuba mengalah dan meletakkan kehilangan buku tu atas kesalahan dan kecuaian saya mungkin.

Seminggu berlalu tiada fotokopi tersebut diberikan dan cikgu tiada minta duit yang seharusnya dia minta dari saya. Tiap hari masih bertanya ada cikgu minta duit?

Selang seminggu aqilah kata buku tu dah ada tadi kat sekolah cikgu bagi kerja sekilah pakai buku tu. kalau kalian, apa yang kalian rasa? Saya siap tanya pada aqilah, ada cikgu minta maaf sebab haritu denda qila? Takda pun.. Jawabnya.

Hati saya masih terasa. Buku hilang dan anak kena denda, tup- tup bila buku dah jumpa boleh macam takda apa berlaku? Ye kita manusia biasa yang sering buat silap. Tapi, anak kecil tu mereka ingat mereka di denda, emosi mereka tercalar.

Harini dia bagitau ada tiga kerja sekolah, satu buku ni, dua tu buku ni dan yang satu lagi tu buku yang kena denda dulu tu. haaa nampak tak? Dia masih ingat kejadian tu walau dah berbulan berlaku. Sebab bukan dia yang hilangkan buku tu kot.. Sebab tu terkesan di hati.

Entri ni bukan bermaksud apa - apa sekadar meleraikan kekusutan fikiran saya saja. Jika anak yang umurnya 10 tahun di denda tak bawa buku ye memang tak salah sebab mereka kemas sendiri beg sekolah mereka, tapi anak tadika mak nya yang siapkan, kalau nak denda baik denda maknya saja. Okey tak?

Lagi satu apa yang saya duk fikir, dah jumpa buku tu tak blh tulis note kepada saya bagitau buku dah jumpa kalau tak mau nak minta maaf pun?


www.tips-fb.com

2 comments:

Aziela said...Reply To This Comment

Semasa anak saya darjah satu, pertengahan tahun, dia DIROTAN kerana cikgunya kata dia hilangkan buku aktiviti. Saya jumpa cikgu tu dan explain memang tiada di rumah. Sama, saya mengalah, mohon di belikan baru. Tapi cikgunya beri berbagai alasan. Tak ada stoklah, itulah, ini lah. Sehingga anak saya tak mahu ke sekolah dan menangis meraung2 setiap pagi. Sebulan emosinya berada di tahap paling bawah dan begitu juga kami sekeluarga. Sehingga akhirnya anak saya jatuh sakit dan di masukkan ke hospital selama 2 minggu.

Tak lama kemudian, buku tu diserahkan semula kepada anak saya macam tak ada apa2 yang berlaku. Cikgu tu tersalah letak buku anak saya.

Tetap anak saya tak nak ke sekolah sebab cikgunya pandang 'semacam' garang pada dia.

Akhir sekali, kami sekeluarga terpaksa buat aduan rasmi kepada pihak sekolah dan pihak Jabatan Pendidikan Daerah. Sehingga guru itu akhirnya meminta maaf, ditukarkan kelas mengajar, barulah anak saya menyambung persekolahannya.

Maaf, bukan semua guru ikhlas berkongsi ilmu. Maka bila ada guru yang sangat tidak berkira dan mengajar dengan penuh kasih sayang, saya tabik mereka sepenuh hati.

Cherrina said...Reply To This Comment

Lahhh umo 5 tahun pun kena denda?? Lain nya dgn skolah liyana n waqi. Cikgu kemain baik lagi. Anak2 happy je blk skolah. -syariena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...