Wednesday, September 25, 2013

Ikan Stim Tu Hanyir

Assalamualaikum..

Beberapa minggu lalu saya sempat ke medan ikan bakar di umbai. Alhamdulillah enak sungguh makanan yang disediakan bersesuaian dengan 'harganya' hehehe

Apa pun rasa ralat juga sebab encik suami pergi order sebelum saya meluahkan keinginan saya nak makan ikan bakar. Dia order ikan stim:(

Benda dah order saya ngap je la kan. Err sebenrnya saya agak ngeri sikit nak ngap ikan stim sebab banyak kali saya terkena dapat juadah yang nampak sangat gah tapi rasanya hanyir. Huuuu sedih tau, dah la mahei, tapi rasa macam makan ikan mentah.

Mujurlah ada sambal kicap maka saya cicah la agar kurang sikit rasa hanyirnya. Paksa maisarah dan azhad juga guna sambal kicap supaya mereka lalu nak telan ikan tu:(

Selang dua tiga hari azhad tanya, boleh ummi buat ikan stim? Nak pakai ikan apa ye? Saya kata, eh kan baru makan aritu? Jawabnya, hanyir la . Bau ikan. Tak macam ummi masak. Alahai anak.. Kalau ummi masak sedap mesti dah buka restoran pun. (Ops tapi ada gak tokey restoran tak reti masak kan?)

Saya tak boleh nak makan benda yang hanyir atau yang ada bau kuat. Maka jangan la berani nak hulur saya sup ketam ke.. Saya suka ketam masak sambal atau cili api. Kalau yang tak pedas memang tak boleh telan. Like mother like son rupanya. Ehehe

www.tips-fb.com

2 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Hehe..jrg mkn ikan stim..sllunya mkn ikan bakar je

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak..kita hanya makan ikan stim bila buat sendiri..kalau di kedai mmg riso hanyir..huhu tp ada satu kedai makan di tapah..sedap tak hanyir pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...