Tuesday, September 3, 2013

Kencing Merata

Assalamualaikum
Hola semua. Apa khabar. Letihnya hari ni. Err apa kaitan dengan kencing merata? Siapa pulak yang kencing?

Ni ha.. Kucing jiran tetangga. Rupa lawa, bulu gebus tapi alahai... Saja nak buat kami tambah dosa.

Mereka ni tak kurung dalam sangkar. Main lepas bebas je kucing tu. kucing tu asik selongkar makanan atas meja, curi lauk yang belum masak dalam sinki dapur( takyah nk kata tu bukan rezeki aku sebab memang kucing tu selalu samun ayam dan ikan aku) dan dah berapa hari ni kerjanya masuk bilik dan kencing merata.

Puas la cium sana sini nak tau apa yang dia kencing. Basuh comforter maisarah dan qula serta cadar. Basuh alas kaki, si ayah basuh carpet sebelum gi kerja. Penat tau tak!

Kalau rasa tak mampu nak jaga kebajikan kucing baik la tak payah bela. Dari buat jiran semua sakit jiwa nak urus taik kucing awk, nak basuh kencing yang main pancit je kat motor dan kereta orang , tu belum cerita dalam rumah lagi tu.

Angin betul. Saya dulu kat kampung pelihara kucing juga, tapi tak la sampai berak kencing kat dalam rumh orang.

Makan hati tapi tak boleh nak buat apa. Tadi cakap kat laling dgn nada gurau. Esok kalau tetiba hilang kucing tu maknanya saya dah buat bbq lah ye. Haha.. Memang geram.
www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kakak rasalah dik memang nak kena BBQlah kucing tu baru lega hihi... Susah-susah suruh en abang hantar je kucing tu ke pasar dik...

diana said...Reply To This Comment

paling senang jangan buka pintu.atau pun tengok dia masuk ambik lidi penyapu gertak dia.kucing takut dengan bunyi lidi penyapu tu...lama2 dia takut nak masuk umah kita.

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

pandai bela je kak..tak pandai jaga.. buat sakit hati jiran je kalau macam tu. huh

ieda immi said...Reply To This Comment

ADUHH dah sampai masuk bilik nie kes berat dikk .. mana tahan kan ..
kita nak semayang semua huhuh

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan pun paling pantang dgn kucing yg suka kencing merata ni. hari tu pun adalah entah anak kucing sapa yg dok kencing kat motor. ada skali tu berak. last2 kami bawak naik kereta tinggalkan kat kedai makan. bukan tak sayang kucing.. tapi tak larat nak basuh najisnya tu.

deno said...Reply To This Comment

geram kan kalau ada kucing tapi tak tahu nak jaga.... rumah deno ada juga kucing tapi nak maghrib je masuk rumah dia... satu lagi kucing deno main kat kawasan rumah je, tak berjalan kat rumah org^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...