Wednesday, September 4, 2013

Merajuk


Assalamualaikum

Hai semua.. Korang rajin merajuk? Erm, kalau merajuk tapi ada orang yang pujuk memang berbaloi, tapi jika tak diendahkan memang sakit hati kan?

Cerita pasal merajuk ni, sebenarnya saya yang merajuk dengan Syafiq. Uik, apa kes merajuk dengan budak dua tahun?

Ahaaa Syafiq dah pandai memujuk sejak masuk dua tahun ni. Macam pagi ni mood dia tak baik. Dia mengamuk nak iphone nak tengok upin. Saya berkeras tak mau bagi iphone. Saya buat tak tau je sambil bancuh susu. Bila saya bagi susu dia ketuk botol susu yang penuh 8 oz tu di tangan saya. Mak ai, berdenyut okey tangan ai! Grrr

Saya terus tutup muka dengan selimut ( konon merajuk la tu). Tetiba dia tarik selimut dan panggil "mi" (ummi) dan tarik muka saya lalu dikucup beberapa kali( cara dia pujuk la tu). Terus dia hisap susu sambil senyum.

Alahai anak, pandainya kamu pujuk ummi ye. Yang ummi pula mengada nya dah pandai merajuk pula sekarang ni. Hehehe


Ummi:31 tahun
Syafiq : 2 tahun 1 bulan.

Motif: bukan suka- suka nak merajuk sungguh pun tapi saya nak dia sedar yang dia buat salah dan saya sedih dia buat salah mcm tu.

www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila dapat ciuman dari Syafiq lagilah terharu kan...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

hehe..selalu jgk merajuk ngn ank2 LM..tp klu dgn hubs xmng pun..dia buat derk je

Izan Ishak said...Reply To This Comment

alolo.. sweetnya syafiq dah pandai pujuk2 ummi dia.

deno said...Reply To This Comment

budak2 kecik ni kan, bila mama dia buat merajuk, mesti cpt2 pujuk.. mcm adam khaleef juga^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...