Monday, September 23, 2013

Patin Masak Tempoyak Dan Kisah Pertemuan Hati


Assalamualaikum... Haaa tajuk macam orang sedang hati berbunga je kan?

Alhamdulillah... Semalam sepatutnya mak dan ayah datang kl naik bas sebab nak ambil kereta ayah yang adik guna sebab adik dah beli kereta dia sendiri(orang dah kerja kan..)

Plan asal adik ambik mak ayah dari terminal dan terus ke ampang. Mak tak singgah la rumah saya sebab nak balik hari dan bas sampai pukul 11 pagi.

Tup-tup adik kata dia bawa mak ke rumah saya memandangkan dia ada belikan dua ekor ikan patin dari temerloh . Alhamdulillah rezeki... Sedap giler patin masak tempoyak:)



Ni lah hasilnya... Saya masak ayam goreng berempah, sayur pak choy masak sos tiram, sambal belacan dan tauhu sumbat juga.

Tak sangka dek kerana ikan patin pertemuab hati antara kami anak beranak dan adik beradik berlangsung.

Rupanya diorang dah siap jemput adik dari uitm puncak alam dan bawakan sekali ke rumah saya. Mak terkejut bila tau nak di bawa ke rumah saya( dalam fikirannya tak dapat bertemu anak cucunya yang ini)

Makan dan berbual... Petang jam lima berpisah la kami. Alhamdulillah walau sekejap tapi ia detik yang indah.




Ayam saya ni semua peha.. Ehehe. Takda yang berebut peha, semua dapat.

Apa projek korang semalam? Cer citer.
www.tips-fb.com

3 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Anak-anak kan suka drumstik, beli semua sama tak adalalh gaduh-gaduh kan..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

alhamdulillah.. izan yg baca pun rasa seronok sangat. mestilah bila dpt jumpa mak ayah adik beradik semua hati jadi berbunga2 kan. nampak sedap patin masak tempoyak tu.

diana said...Reply To This Comment

setakat ni tak de sapa berebut peha ayam dengan masiara..tunggu la sikit hari lagi..ahahh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...