Friday, September 6, 2013

Permintaan Si Dia


Assalamualaikum...
Ahaaa harini rumahku di serang rakan blogger .Serang? Bukan serang hendap ye tapi serang berhemah.

Bila dua minggu lepas shida bagi tau nak datang dengan aima hati ni dah berbunga riang. Haa jangan tak tau, walau kenal di alam maya kami ni kerap bertemu. Indahnya ukhwah kan?

Aima ni pertama kali jumpa dia kursus di bangi kalau tak silap. So dia call minta jumpa di Alamanda nak jumpa syafiq masa tu. Alahai, dapat jumpa kejap je masa tu sebab dah malam sangat Alamanda pun dah nak tutup masa tu. Terharu sebab aima sudi datang bertemu kami dan kali ni pun mereka datang dari kedah tu!

Selain aima dan adish shida ada elly( suhaili sarif) juga. Err kali kedua juga jumpa elly. Tq elly sudi datang dari banting:)

Tak sangka ada shida anwar juga yang pertama kali jumpa. Gigih shida anwar datang jejauh meredah jam

Adik saya ieyla x dapat datang.. Huhu

So!

Apa menu istimewa yang tak berapa istimewa sempat saya hidang time abak sakit berkejar ke klinik pagi tadi tu?

Haaa



Permintaan dari sahabat buah hati utara saya ni, dia nak nasi mandy home made. Hehehe, alhamdulillah berjaya siapkan sebelum mereka sampai. Rasanya tak tau lah.. Belum pakar bab memasak nasik arab nih

Si dia minta nak keropok lekor kata nya lama tak makan.. Haha mujur sempat carikan untuk nya, dapat hidang panas- panas.

Stop cerita permintaan shida.. Err aima pula minta kek pisang panas. Saya cuba buat dan memang mereka dah siap makan nasi baru kek siap. Hahaha



Tak semenggah rupa kek pisangku.. Rasanya?? Biasa2 je pun. Alhamdulillah aima, elly dan shida anwar dan adish shida suka. Makan panas2 memang syok. Aima takmo kerak, mereka bertiga suka kerak. Memang suka dapat tengok kawan2 baik kita makan hasil air tangan kita kan?

Adik awin la dari semalam bagi semangat untuk masak arini. Dengan maisarah sakit memang agak blur juga nak masak menu apa dan kejar masa tapi awin rajin tanya khabar.. Alhamdulillah:)

Err habis dah kot cerita bab arini. Gambar kitorang esok2 lah ye. Letih dah. Buat Ty dan Qaseh yg tak dapat datang jugak tu next time kita jmp okey! Yang penting akak tapaukan tu makan elok2 jangan rebut2.

Maaf atas kurang layanan atau apa saja ye sahabat semua. Terharu atas keakraban yg terjalin:) alhamdulillah
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Amboi, meriahnya rumah LM hari tu... Ramai datang bertandang..bagusnya macam ni, dapat kenal rakan maya... Siap ada nasi mandy lagi? Bukan sebarangan sambutan ni....

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak.terima kasih kerana memenuhi permintaan kami...kecian awak terkejar2 kan...terharu sangat2..

semoga ukhwah kita kekal buat selama2nya...terima kasih awak sudi jadi sahabat saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...