Tuesday, September 3, 2013

Quality Time With Your Kids

Assalamualaikum

Ahaaa.. Saja nak kongsi cerita. Saya ni bukanlah ibu yang terbaik. Masih tercari- cari rentak dalam mendidik anak. Lain anak lain ragamnya. Ada yang keras dan ada yang mudah dilentur. Apa pun setiap anak punya keistimewaan tersendiri.

Sejak syafiq dah besar dan pandai minta itu ini ni saya makin pening. Tiap hari suka minta iphone untuk tengok upin ipin. Kalau boleh saya tak suka mereka main gadget ni selalu. Tak berkembang minda:(

Alhamdulillah dengan cekal hati saya mula bertegas sorok iphone. Sesekali saja saya bagi itu pun jika keadaan mendesak bila syafiq meraung nak tengok upin. Tapi.. Saya dah mula lekakan mereka dengan mewarna bersama. Tadi syafiq tak dapat join sebab dia tidur

http://www.lydiamiza.com/2013/09/mari-mewarna.html?m=1

Lepas dia mewarna( saya paksa dia warna dengan teliti) dia pesan minta saya belikan dia dam ular. Okey nanti saya akan cuba belikan saya jawab begitu. Terus dia capai set lego dia pula.

Tak lama lepas main saya tengok dia dah terbongkang. Hehehe



Kat luar tu hujan lebat, sejuk. Tak mustahil la dia boleh terbuai mimpi. Hehehe

Setakat ni dua cara ni dulu saya kongsikan untuk kita para ibu untuk luangkan masa berkualiti buat anak- anak kita. Moga kita saling bertukar pendapat dan idea bagi menjadi ibu yang terbaek buak anak- anak. Ameen
www.tips-fb.com

3 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

InshaAllah LM..semoga mereka mudah dibentuk..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Betul cakap LM..anak2 di malaysia sekarang mula melekat dengan gadget, kebanyakannya... Banyak kesan negatif, ikut kata Riki san aritu, di jepun sekarang dah larang anak anak main dgn ipad, iphone n seangkatannya..... Elok cara LM buat ni..dapat didik anak..

Izan Ishak said...Reply To This Comment

izan setuju sgt dgn miza. izan pun dah lama sebenarnya tak buat aktiviti bersama dgn anak2 ni. rasa terabai pulak dorang ni sejak2 ada zayyan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...