Thursday, September 26, 2013

Ron95 Bakal Naik Lagi,Benarkah?

Assalamualaikum.....

Bangun pagi banyak update pasal harga minyak yang dikatakan bakal naik. Glurpp.., telan air liur berkali- kali. Benarkah?

Seingat saya kali terakhir balik kampung masa raya aritu. Haaa sampai sekarang belum balik lagi. Kalau la naik lagi harga minyak maka bertambah la kos balik kampung kan?

Kalau anak ramai macam saya ni nak jimat kos balik kampung naik bas pun dah tak boleh sebab tiket bas je dah berapa ringgit, nak beli berapa tempat duduk tu? Sekurang- kurangnya lima.

Moga berita ni hanya khabar angin. Bangun pagi baca berita yang tak best memang jejaskan mood betul. Korang kesah tak pasal berita ni?

*makin nipis la roti canai kalau harga minyak naik lagi:)
www.tips-fb.com

2 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

dah mula panas pasal cerita minyak naik. selalunya gosip harga barang naik ni bukan gosip semata mata... ia akan jadi kenyataan cuma tunggu je pengumuman rasmi. Kerajaan sekarang asyik naik harga barang keperluan je.. seolah2 rakyat Malaysia ni kaya raya

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Harapnya takla naik lagi.. ni pun dah terasa kesannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...