Saturday, September 21, 2013

Tak Mau Makan? Masak Je!

Assalamualaikum..

Hai semua. Hari ni budak berdua tu sekolah ganti. Hurmm bila dorang sekolah memang boring la sebab tak dapat jalan:(

Tadi dekat pukul sepuluh dah bagi makan kat kedai mamak. Si anak bujang bertuah tu cuma makan ayam goreng. Dia tak makan pula roti canai ke apa.

Bila balik rumah saya leka belek pokok tomato, petik kacang botol tup-tup masuk rumah pukul 11 suku dia tanya

Azhad: bawak bekal tak arini?
Umm: tadi kenapa tak makan kat kedai mamak tu?
Azhad: alaaa tak sedap la makan kedai mamak tu

Bergegas la saya ni kluar kan bahan dan mula memasak nasi ayam, bas datang pukul 12. Rasa nak runtuh jantung dibuatnya. Walau dapat wang saku tapi anak anak rumah ni memang lebih selesa bawa bekal sebab dah biasa kat qatar dulu bawak bekal.

Mujur sempat. Haishh bukan mudah nak packing nasik ayam tau. Ada sup, ada sos. Hati2 bungkus masuk plastik dan susun dalam tupperware.

Perut ni kenyang je sebenarnya. Ye la sarapan lewat katanya. Tapi bila dah masak ni kira kerja dah selesai. Tak nak makan? Takpela, janji dah siap masak. Petang tak yah pikir nak masak ke apa ke. Betul tak?

Korang projek apa arini?
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Umi masak sedap ...cekap pula tu.. tu yang ahzad tak lalu makan di kedai mamak... sempat masak nasi ayam dalam masa sejam...mmg hebatla LM.. saya tadi buat ayam lemak dan telur dadar je tinggalkan utk orang kat umah...kalau masak byk rasanya boleh masuk lewat

Mooniqueen said...Reply To This Comment

Alahai rajin LM masak...terror plak tu msk cpt2... agaknye MQ bile ank dh besar pn mcm ni kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...