Wednesday, September 18, 2013

Tak Memilih Makan

Assalamualaikum

Alhamdulillah nampaknya siang ni adik syafiq tak muntah lagi. Tapi masih cirit birit. Tak banyak ragamnya, baru bangun tidur. Elok saja nak makan.

Ermm ummi rasa mamai sangat. Dengan tak dapat tidur lena, keletihan mendobi segala cadar yang kena muntah.. Uhuk.

Syukurlah anak yang dua tu tak memilih makan. Sempat sediakan sausage saja untuk lunch mereka dan bekalan ke sekolah kebangsaan jap lagi.

Seorang nak cicah sos cili campur mayo seorang nak mayo saja.

Fuhh lega. Tinggal nak fikir apa nak suap qila makan dia balik nanti. Nasik dah siap masak tinggal lauk je la lum masak lagi:)

Saya pun dan berbintang dah ni sampai lupa nak bersarapan rupanya. Moga cepat sembuh adik, susah hati bila adik sakit.
www.tips-fb.com

2 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

kenapa pulak dengan budak syafiq tu kak?? salah makan ker??

Kakzakie said...Reply To This Comment

Macam mana sekarang ni? Harap dah beransur sembuhlah..

Syafiq bagi umi rehat ye sayang, umi dah keletihan tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...