Friday, September 13, 2013

Tunjuk Baik

Assalamualaikum...

Pagi tadi lepas incek laling gi surau waktu subuh saya terus sambung tido. Al maklum Allah bagi cuti solat..

Pukul 6.40 sedar- sedar azhad dah ada duduk di tepi katil saya. Hurmm perkara biasa bila dia bangun lebih awal dari saya dia akan cari ummi(azhad-8 tahun). Saya minta dia letak tudung aqilah marsya di airon board sebab semalam lupa nak gosok. Lepas tu solat dan kejut adik ye? Pesan saya sebelum sambung lelap. Azhad dan maisarah tak ke kelas kafa tiap hari jumaat.

Dengan senang hati saya sambung tidur.haha sebab saya tau ayahnya ada di bilik azhad ( rutin biasa dia landing situ lepas kejut anak subuh).

Tettttt rupanya azhad terlena di katil aqilah, ayahnya sedap lena di bilik azhad sorang2. Dah pukul 7.40 aqilah tak bangun mandi lagi????

Rasa macam nak gugur jantung. Suruh cepat takda la dia nak cepat pun. Kejap2 dia jawab, jap!!! Sabar!!! Sangat lah menggugat iman:(

Dalam kalut tu pukul lapan juga la gerak dari rumah.. Tapi si syafiq masih tak bangun. Tak dapat la dia naik motor pagi ni. Ayahnya siap belikan sarapan, tup2 dia bangun dengan senyuman terus naik atas kerusi dan minta roti canai.

Uik??? Baiknya? Biasanya bila bangun ke dia mesti menangis carik ummi. Tapi bila ayah ada dia tunjuk baik la pula?

Hurmm tak hairan la bila saya tinggal anak ayahnya mesti kata budak tu okey je takda masalah. Dengan ummi je dia mengada rupanya.

www.tips-fb.com

3 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

nak bergurau2 manja dengan ummi dia tu :)

deno said...Reply To This Comment

hihi.. biasa budak2 dia suka ambil perhatian mama dia.. anak buah deno pun mcmm tu.. ^^

ejulz said...Reply To This Comment

nak manja2 ngan ummi dia la tu.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...