Tuesday, October 8, 2013

Curi

Assalamualaikum

Pagi- pagi tadi saya dah keluarkan ayam kononnya nak masak awal hari ni. Biasa saya masak goreng goreng saja untuk empat malaikat kecil tu bawa bekal dan makan tengah hari. Biasanya masak lewat petang sebab akan dinner sebelum maghrib.

Terlebih vitamin R mungkin terus kata nak masak pagi. Bila berehat menanti ayam air( malas nak masuk microwave) dengar bunyi di dapur. Hati dah mula panas sebab saya tau siapa gerangan di dapur

Memang sah, si kucing garfield gebus ekor kembang tu sedang berusaha menarik plastik ayam tu turun dari sinki.

Saya kejar dia dengan amukan tujuh petala langit. Grrr ..geram betul. Ada hati dia nak curi ayam saya lagi ye? Jangan harap usaha dia berjaya. Saya sentiasa memerhati kelibat dia. Selagi boleh sabar saya sabar. Esok lusa dah tak larat urus kencing dia, perangai kuat mencuri dia memang saya akan buat aduan kepada tuan punya kucing.

P/s: korang pernah hadapi masalah dengan perangai kurang asam kucing jiran?
www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kenapa jiran tu tak jaga kucing dia dik? Tak cukup makan tu sebab asyik nak masuk rumah org lain aje..

Sukma Haron said...Reply To This Comment

kucing...saya tak suka...lebih-lebih lagi buat tahi kat dalam pagar rumah....

Izan Ishak said...Reply To This Comment

grrrr... izan pun geram ni. mana taknya kalau dah suka2 curi ayam ikan kita. kasi ikat kaki dia baru tau...haha

setakat ni ada kucing lalu2 je depan umah ni. kalau kencing2 kat moto mmg nak kena babap lah jawabnya.

diana said...Reply To This Comment

jiran2 saya tak de bela kucing..

kucing sapa tu??depa tak bagi makan ka sampai masuk umah orang curi makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...