Monday, October 21, 2013

Homemade Popcorn


Assalamualaikum...

Hai semua. Sori sangat menyepi tanpa entri sejak dari pagi. Bukan apa, badan terasa lenguh semacam dan mood ke laut. Payah nak menaip kalau mood dah ke laut susah nak naik ke daratan ni kan?

Nak share pasal popcorn. Ehehe, saya ni penggemar popcorn sejak kecik lagi. Dulu 50 sen je pun kalau jual kat pasar malam. Nak sedap beli di pasar raya tapi mahal la sikit

Sedap atau tidak sesuatu popcorn tu bergantung kepada kualiti butter yang kalian guna untuk buat karemelnya.



Ni popcorn saya. Buat malam- malam sambil tengok tv boleh mengunyah.

Dulu masa tahun pertama di Doha memang payah nak cari popcorn yang manis ada karemel. Biasanya mereka makan begitu saja tawar macam tu. Ada lah satu dua tempat yang jual bersira. Tapi mereka lebih suka sira dengan serbuk keju, nak cari yang manis tu payah ya amat. Maka dari situlah saya mula buat popcorn sendiri

Mudah je buatnya , cuma malas atau rajin je la. Karemelnya saya main tuang tuang saja. Ye lah malas nak buat homework takat nak sira popcorn kan?

Saya cuma cairkan 4 sudu gula dan kemudian tambah 3 sudu butter dan bila ia dah cair saya letak sikit pewarna. Kemudian saya gaulkan dengan popcorn yang dah siap buat tadi.

Bila masuk tahun ke dua duk Doha banyak pula mall jual popcorn manis, terus saya malas nak buat sangat.

Sejak balik malaysia ni kali pertama saya buat popcorn sebab haritu azhad dah minta masa kami jalan jalan. Rasa rugi oula nak beli dua tinggit lebih sebekas kecik tu. baik saya sendiri buatkan di rumah memandangkan semua bahan memang dah ada.

Bila anak minta baru tau nak buat ,kalau tak memang malas kan Cik LM ( buat buat tanya diri sendirik?) Hehehe
www.tips-fb.com

3 comments:

Ann Ishak said...Reply To This Comment

LM, tunjuk la cara2 nak buat popcorn ni :)

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

sy mmg salute lah kat akk ni.sume pandai!

Bee Haa said...Reply To This Comment

nak rase popcorn LM buat..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...