Friday, October 4, 2013

Kacang Botol aka Kacang Kelisa


Assalamualaikum

Alhamdulillah pokok kacang botol saya sudah mula belajar berbuah. Dah beberapa kali petik buahnya. Lepas la untuk buat ulam ...



Saya tanam empat pokok, tapi pokok yg satu ni agak besar dari yang lain, yang lain tu lambat sikit saya pindahkan dari pasu ke tanah. Tapi semua pokok dah mula berbuah.

Apa yang saya perasan buahnya sangat cepat membesar. Kalau pagi kita tengok belum cukup panjang pagi esoknya tengok dah terlebih panjang. Saya ni tak minat yang dah panjang sangat, sebab agak keras nak kunyah. Saja mengada, masa duk Qatar dulu keras pun beli tau. Hahaha

Alhamdulillah pokok sayuran mengeluarkan hasil yang memuaskan hati. Syukur.. Rezeki dari Allah


www.tips-fb.com

2 comments:

MizzTina said...Reply To This Comment

sy lak skang ngah menunggu pokok cili sy membesar..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bila dah mula ni dik memang puaslah makan dan yg pasti bertahun dia tak mudah mati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...