Tuesday, October 29, 2013

Maggie Goreng -Permintaan Malaikat Kecil


Assalamualaikum...

Sori buat readers setia yang tercari-cari mana LM menghilang( err ada ke pembaca setia) . Lepas sahabat saya bertanya pasal tak up entri hihi baru perasan semalam tiada entri di rumah pink ni

Mood ke laut tak mau timbul.. Sedih dan hiba.. Ecehhh. Okey meh bak cerita . Sebab harini tak tau nak buatkan bekal apa untuk malaikat kecil yang dua tu maka saya buatkan maggie goreng saja untuk mereka.



Buat empat bungkus, rencahkan ayam dan sotong saja dan pecahkan sebiji telur. Lepas la tiga beradik tu lunch dan ayah dapat tumpang sekaki. Dapat bawa bekal juga ke sekolah.

Kalau boleh tiap minggu dorang nak menu ni tapi saya sekat juga sebab tak mau bagi makan maggie banyak sangat kat budak kecik. Kat bapak budak pun saya larang jugak.. Hahaha

Siap sudah masak lauk ayam untuk hari ni. Siap juga urus stok lauk seminggu ni dan jap lagi nak buat projek yang tak tau entah berjaya atau tidak.. Hehehe

Err korang lunch apa harini?
www.tips-fb.com

2 comments:

najihah sahami said...Reply To This Comment

haha...lamaaa tak makan megi.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Empat bungkus tu...tapi makan beramai2 pasti habis semuanya kan? Nampak sedap je.. kami pun hari ahd hari tu makan maggi grg beramai2 juga...sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...