Tuesday, October 22, 2013

Nasi Lemak Kerang- Rezeki Hari Ni

Assalamualaikum...

Hola semua, apa khabar ? Mood okey?
LM mood macam semalam, swing swing bagai dilambung ombak je ni. Anak bertiga tu exam, lagi la buat LM bersimpul urat perut.

Hari ni budak kecik tu exam english dan mate, risaunyaaaa. Ops baru LM perasan rasanya zaman LM tadika dulu takda belajar operasi tolak tambah masa tadika zaman tahun 87 tu tau, tapi Acha ada tambah tolah untuk paper 5 tahun:( ngerinyaaaaaa

Dia relaks je siap nyanyi, "5 dikepala, dua di jari" masa buat soalan 5+2. Hahaha. LM yang kecut perut, ye la dia ni kalau buat 9 pun gemar terbalik tiangnya. Huwaaaa

Ops dah lari topik. Sebab mood ke laut memang la tergolek tak fikir apa pasal sarapan. Tup tup pukul 8 makcik cleaner datang hantar nasi lemak dengan sambal kerang, telur dan serba lengkap la nasi lemaknya. Wahh orang indonesia dah cekap buat nasi lemak gituw!

Kebetulan anaknya ada datang dia masak dan bagi saya rasa. Alhamdulillah rezeki pagi selasa. Perut kosong terus tersenyum dapat nasi lemak kerang. Kesian dia jalan jauh nak hanyar nasi lemak. Moga murah rezeki dan diberi Allah kesihatan yang baik ye makcik. Lama dah makcik ni kerja membersihkan rumah LM, walau dah tua tapi kerjanya bagus.

Dah makan nasi lemak makan pula pisang goreng yang rangup, lawan dengan kopi inspira dara, perghh memang rasa segar.

Err korang sarapan apa pagi ni

www.tips-fb.com

2 comments:

Kakcik said...Reply To This Comment

Hari ini kakcik pun sarapan dengan bekalan yang kawan bawa. Dah orang pelawa, jamahlah kan? :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah...syoknya...saya nak sikit? Rezki murah awal pagi...

Baik kerja mak cik tu ye..legalah macam tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...