Thursday, October 17, 2013

Roti Manis Panas - Panas

Assalamualaikum..,

Malam tadi dalam busy menggosok baju tergerak hati nak meroti. Ermm terbayang kegebuan roti manis yang panas dicicah kopi atau teh o memang umphh

Seperti yang lepas- lepas, saya masih setia menggunakan resepi dari sumber rujukan sahabat kita noorsha dari www.noorsha.blogspot.com

Sejak kali pertama cuba resepi waffle yang saya jumpa dari blog beliau saya mula jatuh hati pada laman masakan beliau



Ni dia roti manis saya. Takda letak pewarna pun, putih saja. Saya buat dua loyang yang ni tabur gula dan satu lagi tu saya tabur bijan





Alhamdulillah, sangat gebu, halus dan lembut. Sampai nak tido tinggal tiga ketul je, yang lain selesai....

Resepinya mudah saja, izinkan saya kongsi di sini ye sha?

A) -satu paket mauripan
- satu sudu besar gula
- satu sudu besar tepung gandum
- 1/2 cawan air suam
- campur smua bahan ni dan biar berbuih

B)2 sudu besar butter cair

C) 12 sudu besar gula di campur dalam 1/2 cawan air- ini untuk menguli.
* LM cuma guna 6 sudu makan saja

D) 3 cawan tepung roti

Caranya: saya cmpur saja semuanya dalam bread maker dan set kan doh. Saya diamkan 30-40 minit dan terus bulat- bulatkan. Lepas tu saya mula panaskan oven dan biar roti naik dalam 30 minit( saya cuma tunggu 20 minit je sebab tak sabar nak makan)

Pagi ni pergi cuit lagi roti tu untuk pastikan dia lembut macam roti kat kedai tu, risau dia jadi keras. Hihi lawak juga bila buat roti ni.. Alhamdulillah, memang masih lembut. Uishh rasa semangat nak meroti makin menjadi- jadi pula sekarang ni, hehehe

www.tips-fb.com

2 comments:

MizzTina said...Reply To This Comment

rajinnya akak.. sy ni xrajin nk menguli.. kekeke

Bbwana adienia said...Reply To This Comment

bestnya makan roti panas2..lepas tu cicah pula dengan milo panas..sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...