Saturday, October 26, 2013

Sembelit Ketika Di Dalam Pantang-Ada Tips?


Assalamualaikum...

Hai semua. Lama LM tak buka laptop dan menaip sesuatu yang boleh dikongsi bersama kalian. Kali ini nak sembang tentang masalah sembelit ketika di dalam pantang. Pantang apa? err pantang selepas bersalin la ...hehe

Kebetulan adik saya zura sedang menempuhi alam berpantang maka terdetik hati untuk menaip tajuk ini....masa kami ke hospital minggu lepas adik saya awie beri epal pemberian boss zura kepada anak-anak kami. Katanya bukan zura boleh makan pun buah. uik? tak boleh makan buah?

Bila jumpa zura LM mula soal siasat. Dah berapa hari kat wad masih tak buang air besar. What?? nak tunggu bila baru nak membuang? ni kes sembelit la kot? setahu LM kalau nak pulang ke rumah selepas bersalin si ibu perlu lah dah kencing dan be**k. 

Epal ambik juga tapi ceramah free bagi jugak. Ikut pengalaman empat kali berpantang, LM makan je epal. Elok je tak sejuk dan tak bentan. Jom tengok apa buah yang LM makan dalam pantang untuk elak sembelit. Dua kali ke tandas tu perkara biasa sebab dah makan pasti la kena buang kan? ke...nak biar dia bertakung dalam usus tu jadik kerak? euww

1. Epal- buah epal sejuk ke? setakat LM makan tak pernah lagi bentan, tak tau lah kalau korang makan bentan kan..

2.Kurma-Ermm ni LM makan dari sebelum bersalin untuk tenaga sampai lah di dalam pantang dan selamanya. elok untuk serat dan tambah susu badan

3.Prune-Yeayy i like! Sebekas besar tahan la 2-3 hari je. berserat dan bagus untuk kesihatan 

4. Limau madu- sedap manis dan penuh serat. LM ambil sebiji-dua biji sehari. Kalau lapar biasanya LM makan buah. Sebab dalam pantang LM cepat lapar terutama baby yang kuat menyusu. LM makan segenggam nasi saja dua kali sehari. So, bila lapar LM makan buah atau kekacang selain kurma dua tiga bijik.

5.Oren-LM makan yang jenis besar. Sedap manis. Kadang kala jemu juga makan limau madu tu. 

Haip haippp!!

PISANG-orang tua - tua kata jangan makan pisang nanti bentan. Tapi ada sesetengah pisang je yang boleh buat bentan. Sebab LM tak tau pisang apa boleh dan tak boleh, maka LM tak la makan pisang. 

TEMBIKAI ? berair dan sah - sah la buah tu sejuk. Kalau korang berani makan silakan. Tapi LM tak makan sebab dalam pantang la nak bagi rahim sihat dan ketat kan? 

BETIK- Ada orang makan ok je tapi LM makan jadi gatal la pulak. So LM tak berani makan dah lepas tu.

Korang kalau nak tau benda tu boleh makan dan serasi dengan tubuh korang atau tidak, korang test makan sikit dulu. Kalau okey, makan la. Cuma...jika korang jenis yang berpantang...jenis jaga peranakan. Jangan la makan buah yang sejuk, sayur sejuk pun jangan la makan.

www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kalau saya makan sawi dan carrot buat mudah buang air masa dlm pantang.. buat macam sup sayur...

LadyBird said...Reply To This Comment

salam.. bentan tu ape kak?
lady makan je buah.. buah limaula biasanya lady makan.. buah anggur pun lady mkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...