Sunday, October 20, 2013

Sepuluh Sen Je Pun

Assalamualaikum..

Hai semua. Apa khabar.

Saja nak cerita kisah beberapa minggu lepas. Mungkin kisah seperti ini kalian juga pernah mengalaminya.

Beberapa minggu lalu saya keluarga berhibur dengan keluarga. Adat la kalau makan minum air manis macam rasa tak puas dan masih dahaga, belum kita air sendiri kena 'sebat' dek syafiq.ehehe

Bila dalam perjalanan balik incek suami singgah isi minyak maka saya pun berkejar masuk kedai di situ untuk membeli drinking water. Untuk 750ml harganya rm1.90. Bila membuat pembayaran saya serahkan rm2. Lepas dia ambik duit saya dia terus layan pelanggan yang belakang saya.

Saya ni macam terpinga- pinga je menanti resit dan wang baki tapi akhirnya jadi macam peminta sedekah yang tak dilayan. Resit xde, duit baki langsung tak nampak bayang.

Last- last saya beredar dengan rasa sebal di hati. Dalam hati, kalau nak kelepet duit 10 sen aku pun cakap je la takda duit kecik.

Saya tak jatuh miskin la kalau tak dapat 10 sen tu cuma cara dia buat saya rasa ..#^*%$€..

Kalau sehari 20-30 pelanggan dia buat cara tu lepas jugak duit ikan bilis dia untuk seminggu kan? Ehehe

Ramai yang tak tau bab halal haram benda yang nampak remeh tapi amat perlu diselidiki ni terutama bab wang yang menjadi darah daging kita.
www.tips-fb.com

6 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

betul tu awak..kekadang jurutol pun ada je wat pangai gini...tapi saya tunggu je sampai dia malu sendiri n kasi balance sekupang tu...

kalau sehari ada 30 org dia wat gtu senang2 je dia dapat kan

Faarihin said...Reply To This Comment

mana boleh dia buat camtu tanpa cakap. lainlah kalau kita sendiri sebagai pembeli dah kata awal-awal tak yah bagi balance. hurmm... betul.. kekadang jumpa juga cashier camni.

SyedGraphix Dot Com said...Reply To This Comment

Kalau sy taknak ambil.. Tapi dia tetap nak bagi juga. Sy pulak yg malu. haha

Scarlett O'Hara said...Reply To This Comment

Kak Scarr pernah kena beli ikan harga RM20.Bayar guna RM50.Penjual tu kata nak pergi tukar duit.Tapi tunggu dekat sejam tak muncul-muncul.Geram tak?Kira sedekah jelah.Mudah-mudahan dapat pahala.

Sukma Haron said...Reply To This Comment

pernah kena jugak masa pergi ke kedai makan di PD..balance lebih sepuluh sen pun berjanggut nak tunggu..dia ingat keep the cents...banyak kedai macam tu....

Anonymous said...Reply To This Comment

Ahaa, its good conversation regarding this post at this place at
this website, I have read all that, so now me also commenting here.


my page ... web site

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...