Sunday, October 20, 2013

Tiada Plastik Besar-Aeon Jusco


Assalamualaikum...

Semalam nak pergi melawat anak sedara yang baru lahir di hospital. Sebelum pergi pastinya teruja nak beli hadiah dulu kan? Belek punya belek takda idea nak bagi apa. Kalau nak bagi benda besar macam car seat bagai tu risau dah ada yang hadiahkan. So, kita beli yang simple dulu okey! Bukan tak jumpa pun lepas ni



Selepas sambar hadiah yang dirasakan bermanfaat.. Ahaha, terus buat bayaran. Di sebabkan semalam hari sabtu, kononnya hari tanpa plastik maka saya memang plan nak beli plastik. Takkan nak usung hadiah tu ke hospital macam tu aje.

Sekali takda plastik besar. What??? Takda plastik besar? Kalau selalu pergi Parkson tu plastik boleh muat budak umur 5 tahun tau, sekali semalam dah terkena takda plastik. Paling besar plastik dua ekor ayam pun tak muat yang dia tunjuk kat saya. Hati dah membara panehh. Dia kata, kalau nak masukkan drypers ni muat la kak. Nak beli ke? Laju je saya geleng. Dah la kecik, nak bayar pulak. Bukan muat pun drypers tu. Grr..

Makanya semalam bawa hadiah dah la tak berbalut, takda plastik pula tu . Mujur untuk adik sendiri, kalau orang lain memang malu tau. Hehehe.

Persoalannya.. Nape takda plastik besar? Patutla dah dua minggu ni shopping barang dapur plastik kecik nak letak dalam tong sampah pun tak muat. Pelik bin ajaib.
www.tips-fb.com

3 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

pernah jugak saya beli barang tetiba kat cashier cakap takde plastik besar. macam nak sound je.. kalau takde plastik besar jgn jual barang besar2 tp sound dlm hati je. macam mana la pasaraya besar takde plastik besar..

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

eh eh hadiah yang sama kita beli utk baby uwais aritu hehee

Mama Adam said...Reply To This Comment

Hahaha... Pernah terkena juga. Dah la beli brg besar, byk pulak tu. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...