Friday, November 29, 2013

Bun Pandan


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? LM sangat busy arini sampai tak sempat melawat laman kalian. Hari ni bawa azhad check luka berkhatan dia kat klinik. Sebelum tu awal pagi dah memasak nasi lemak, sambil meroti dan sambil tu buat bubur azhad. Sejak sunat ni dia selera nak makan bubur. Layan kan saja seleranya. Asal makan bersuap banyak sungguh dia makan, syukurlah. Dah nampak tembam sikit pipinya.



Sebelum ke klinik bawa azhad LM siap kan bun pandan yang di uli oleh bread maker kesayangan LM siapa lagi kalau bukan sumaiyah. Ehem.. Bagi pembaca baru tak payah pelik ye sebab LM memang menamakan barang kesayangan LM.

Guna resepi baru, alhamdulillah hasilnya sangat bagus. Makin bersemangat meroti sekarang ni.

Cuma bila kalut mengemas dan meroti LM lupa nak keluarkan roti dari dalam oven. Aduhh dah gelap warnanya. Mujur tak pahit tau. Huhuhu. Benci betul tengok rupanya yang gelap tu. tapi rasanya memang best!

Petang ni anak- anak kecil ni cuma makan roti pandan ni saja untuk alas perut sebelum menjelang dinner nanti. Syukur ... Minat meroti dapat mengenyangkan perut kecil kami.
www.tips-fb.com

1 comments:

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

untunglaaaaaaaaa sapa dpt makn roti kalerful... huwaaaa... jelesnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...