Sunday, November 24, 2013

Kenduri Doa Selamat Kecil-Kecilan


Assalamualaikum

Alhamdulillah hari nk baru dapat mencoret sesuatu di laman pink phanter ni. Busy yang teramat sangat sebab jumaat hari tu lepas isya' kami buat sedikit kenduri doa selamat sempena nak khatan kan adik azhad .

Sebab kenduri kecil cuma jemput orang surau je maka kami plan masak sendiri anggaran tetamu 50 orang punya makan.

Sedang berkira- kira kena masak sendiri , tup-tup bonda call kata johor cuti hari jumaat dan dia datang nanti. Pucuk di cita ulam mendatang, syafiq pun demam kuat asik nak dukung je memang lah amat memerlukan bantuan untuk memasak.

Mak dan adik bongsu yang tolong chef tak bertauliah ni masak. Yihaa hepi sangat.




Tu dia sebahagian kaum adam yang ada, ramai juga memilih duduk di luar, x larat nak bersila lama kot. Kaum hawa pun agak ramai. Alhamdulillah..

Bab juadah pula Alhamdulillah berhasil juga hasil ketuk - ketuk di dapur comel kami. Ayam goreng berempah,kari daging, sambal belacan dan ulam, sayur campur, untuk pencuci mulut koktel, ada agar-agar santan dan kek pisang. Air cuma oren dan kopi



Inilah hidangan kenduri aritu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih suami,ayah bonda dan adik serta anak2 yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni. Walau kecil penat jugak .. Sobs

www.tips-fb.com

4 comments:

Qashmere said...Reply To This Comment

Sedapnya menu makan doa selamat ni. Simple tapi memang menyelerakan. Semoga doa selamat ni mendapat keberkatan dan impian tercapai. Aminnn

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah pandainya masak ala2 katering..
Alhamdulillah majlis ahzad ni berjalan lancar. Ramai juga 50 orang tu. Berbaloi penat LM dan keluarga..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Wow...juadah pun bt kecur liur...haha..
Dah besar dah ank LM ek..

NinaAz said...Reply To This Comment

Bestnya pencuci mulut tu. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...