Monday, November 25, 2013

Khatan


Assalamualaikum..

Ahamdulillah... Berikutan kisah majlis doa selamat untuk adik ad berlhatan jumaat lepas , maka sabtu pagi selamat sudah adik ad dikhatankan di klinik Qistina.

Dalam pukul 10 pagi dia dikhatankan. Tak sampai 30 minit dah siap, pakai laser. Euww jahit bagai.. Ngeri ahkak! Ops ummi tak tengok pun. Haha

Seperti yang dia minta sejak beberapa minggu lepas dia nak atuknya ikut sama masa dia berkhatan. Maka ayah dan atuk la yang bawa dia kelmarin..



Atuk dan ayah bergilir- gilir menjaga dia, melayan rengekan dia..

Nak dah mula melasak, dia sibuk ke depan belakang, boring agaknya:)

Dah mula menebeng kat gate luar borak dengan kawan-kawan dia.. Haha. Makan masih LM jaga. Tak makan pedas, tak makan benda gatal dan sebagainya. Dah dua hari nampak nya dia dah makin okey.

Sebab semalam dia lasak sangat ke sana sini tak mau rest arini ummi denda dia bagi rehat larang dia kluar rumah. Nak ambik angin dari tingkap je pesan ummi:)

Makan masih disuap ummi, layan macam pengantin .. Haha. Moga cepat sembuh adik ad, risau ummi selagi belum sembuh
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Syoknya ahzad.. time nilah boleh manja2 dengan semua orang ye.. budak lelaki tak boleh duduk diam, time ni jelah ye diorang boleh diam2...

Dia ok je bila LM larang keluar tu? Ada tak muncung?

EZAN IDMA said...Reply To This Comment

alalal dh khatan dh dia. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...