Wednesday, November 27, 2013

Kisah Mihun

Assalamualaikum...

Alkisah semalam macam busy semacam dan LM lemau semacam sejak dari pagi. Bila si ayah budak ni balik pasar dia siap bungkuskan sarapan. Ada nasi lemak, mee goreng dan mihun.

Syukurlah tak perlu bersilat buat sarapan kata hati saya... Hehe, bila intai-intai saya sambar mee sebab mihun tu nampak macam tak sedap dan budak ni memang akan pilih mihun biasanya. Haha... Pandangan mata LM tak memang tepat, kalau sedap ke tak tu kita boleh tau dari rupa dia okey!

Rasa mee tu amatlah tak sedap. Pedas 'menyetan'( pedas giler), rasa hujung sudu terus tak boleh telan. Dah petang pukul dua sebab tak sempat makan apa lagi LM jamah sikit mihun tadi. Ya Salam... Rasanya sungguh tak sedap, patutlah adik ad terkebil- kebil mata makan dan terus tinggal walau dia tu 'hantu mihun'( pantang jumpa).

Mihun tu digoreng lembik, tak garing.. Bahan tumisan bawang cili tak garing dah masuk mihun, sayur kobis cina nya dah lebam2 pun dia masukkan juga( kes sayur dah lama lah ni). Memang LM tak rasa orang ni iklas memasak untuk berniaga. Asal boleh dapat duit je. Tapi tak kata apa pun pada si ayah nanti dia kata kita tak berterima kasih sebab duit dah abis banyak bungkus makanan banyak songeh pulak kan?

Maaf la cakap... LM rasa kalau gitu gaya lingkup la bisnes orang tu. masak macam nak bagi haiwan makan je lagaknya. Dengan sayur lama pun kau campak dalam mihun tu ye? Chinese cabbage tu warnanya putih, kalau dah bertukar hitam coklat tu kita boleh nampak tau!

Hari ni nak buat nasi lemak malas nak buat sambal, kelapa parut pun tak ada. So LM buatkan mihun goreng je lah untuk sarapan mereka ni. Sebab adik ad masih berpantang maka tiada udang kering, tiada ayam.. Cuma rencah bilis dan fish cake serta sawi saja. Sebab tak rendam mihun saya celur saja dengan air panas sekejap, tapi kena kawal la takut terlembik.

Tadi LM tanya azhad, mihun arini ke semalam yang sedap? Laju je dia jawab yang ummi masak, semalam punya macam nak muntah, bla bla bla.. Uik banyak komplen rupanya.. Haha, memang tak sedap pun dik, maaf la ummi tak cekal macam zaman duk doha masak sarapan tiap hari. Lepas ni ummi motivasikan diri dan buat sarapan sendiri ye?

Masak sendiri lebih bersih dan sihat. Minyak berkualiti dan lebih jimat! Jangan malas- malas LM! Grrr rasa nak lempang diri sendiri makin lama makin malas, pastu kalau beli sedap takpa. Adoiii kenapa lah orang yang berniaga ni masak tak sedap? Tak reti masak ke apa ek?



www.tips-fb.com

3 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

Erk rasa rugi duit beli makanan mcm tu, tak berkat berniaga mcm tu

ela said...Reply To This Comment

ermmmm gitulah org nege leni tak fikir pjg dan tak takut tuhan...kalau kita nege kene amnbik iktibar lah yer...
btw kak e.la sgt2 suka bihun..dlm sebulan kira2 nyer 4,5 kali tau masak bihun tuk budak2 ni..goreng ke sup ker

missShila Nget said...Reply To This Comment

sedihnyaaa..
beli2 makanan x sedap..

dah la kite beli mmg untuk makan..

kene rajin masak sis..cayok2..! ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...