Saturday, November 9, 2013

Majlis Khatam Al-Quran(Maisarah)


Assalamualaikum..

Alhamdulillah majlis khatam al-quran anjuran sekolah agama maisarah berjalan lancar tadi.

Memandang kan majlis muka jam lapan lebih maka LM hantar azhad dan maisarah dulu sebab syafiq tidur lewat hampir tiga pagi malam tadi. Bagi dia rehat lama sikit. Dalam jam 9.15 baru LM angkut syafiq pula.



Ramai juga yang sertai... Tapi anak lelaki cuma ada enam orang saja.

Syafiq punya lasak mak ai, tak larat nak tengok. Dia sangat la peramah dan sesedap rasa bagi iphone ummi pada orang ajak main game. Makan hati je tengok. Takkan saya nak rampas dari tangan anak orang kan?

Kalau nak ikut kan nampak macam okey juga majlis tadi. Bayaran tiap orang rm120. Ada sarapan dan mkn tengah hari. Untuk anak yang khatam dapat al-quran dan sijil serta makanan. Dapat pulut kuning dan seekor ayam golek.

Malangnya masa makan pagi tu saya dah rasa pulut kuning tu basi. Tiga bekas basi. So boleh agak la maisarah punya pun basi.

Sebab balik awal tak sempat makan di sana saya buatkan nasi minyak saja untuk anak- anak ni untuk lawankan ayam golek tu. ayam golek tu pun saya bakar semula sebab macam rebus je rupa dia.

Sian dorang lapar, maaf la.. Tak larat nak tunggu makan dulu sebab adik awak ni lasak sangat. Lagipun bila pulut tu basi hati dah tak syok nak makan apa yang tukang masak tu masak. Nanti masuk wad pulak kami anak beranak:(

Walau terkilan bab makan ummi bangga bab maisarah dah khatam. Perbaiki apa yang kurang.. Lancarkan apa yang tak lancar. Jadi insan yang terbaik dalam hidup agar kita sentiasa berada di landasan yg diredhai..
www.tips-fb.com

8 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah..bagusnya maisarah ni.. tahniah.. buat majlis di sekolah meriahlah tu..
Kenapalah penyedia pulut kuning tu tak periksa? Kesian parents dan anak2 kat majlis tu.. mesti lapar

Muhammad Khairuddin Lim said...Reply To This Comment

Tahniah...

faisalapardi.com said...Reply To This Comment

tahniah...semoga menjadi anak yang solehah..Pasni banyakkan lagi baca Al-Quran :)

deno said...Reply To This Comment

tahniah maisarah :) akak kem salam kat maisarah ya, gtau kak deno yg dia jumpa hari tu kem salam :)

sian pula akak n maisarah, macam mana la boleh basi pulut tu...

ejulz said...Reply To This Comment

seronok tgk budak2 join majlis camni.. :)

Abe Mirul said...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Tahniah!

Tapi pulut tu basi ea? Rugi la..

mak lagenda said...Reply To This Comment

tahniah maisara..

mujur dirasa dulu pulut tu. klu bg anak2 kita mkn, harus jatuh sakit ank2 tu kan..

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

tahniah maisarah....
:) nanti jgn lupa khatam byk kali lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...