Friday, November 22, 2013

Memaafkan


Assalamualaikum...

Dalam hidup ni kadang kala kita rasa sangat pedih bila orang melukakan hati kita tanpa perasaan belas. Terasa dilayan macam haiwan, tanpa belas atau ada juga yang merasa dilayan bagai kain buruk, mungkin juga rasa dilayan bagai sampah.. Hina dan keji

Bila hati sakit dan pedih, pastinya sukar untuk kita terima diperlakukan sedemikian rupa. Malah sukar juga untuk kita tidur lebih- lebih lagi jika ada perasaan hampa dan marah dalam diri. Tipulah jika tiada perasaan marah jika diri diperlakukan sedemikian rupa kan?

Apa yang perlu kita lakukan adalah memaafkan diri sendiri atas apa yang berlaku dan memaafkan insan yang melakukan perbuatan itu terhadap kita.

Bonda LM selalu nasihatkan, nak tidur maafkan segala apa yang berlaku. Bukan untuk orang tu tapi untuk diri dan hati kita agar tenang di hari mendatang. Jika terbeban dengan perasaan itu kita susah nak tenang.

Dalam ayat lain Allah berfirman:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Dalam ayat lain disebutkan bahwa orang yang beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an :

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

"Yaitu orang2 yang menginfakkan hartanya ketika lapang dan sempit dan menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

Jika kita melakukan kesilapan pasti kita juga mahukan insan lain memaafkan kita dengan segera dan ikhlas kan?

Hari ni kita maafkan orang, esok lusa pasti orang sedia memaafkan kita dengan ikhlas dan rela hati , insyaAllah

www.tips-fb.com

2 comments:

ejulz said...Reply To This Comment

betul tu kak.. memaafkan memang mudah tapi nak mengubat luka di hati memang xkan dpt.. pasti akan tinggal kesan parut..

qaseh dalia said...Reply To This Comment

memaafkan utk syurga kak ..
semoga Allah redha .. cuba =) ujian kehidupan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...