Thursday, November 28, 2013

Petua Menghilangkan Bau Badan


Assalamualaikum...

Bau badan? Euww kadang kala kita mudah rasa mual bila bersebelahan dengan orang yang punyai masalah badan berbau kan?

Sebab tu saya selalu elakkan berada di tempat yang bersesak sebab tak sanggup nak tahan nafas. Nak- nak kalau tempat tu ada golongan masyarakat yang suka makan bawang putih banyak dan tak minat mandi pagi tu lagi lah saya kena tahan nafas bila mereka lalu.

Kadang kala pemakanan dan gaya hidup mempengaruhi bau badan kita tau. Kalau takda kerja tu apa kata korang dekat kan sikit hidung dan hidu ke arah bawah lengan. Ada bau kurang menyenangkan? Kalau ada itu sudah tahap bahaya.

Kalau badan berbau kita pakai perfume apa pun tak boleh nak hilangkan bau badan. Setakat nak cover kejap tu boleh lagi tapi kalau lama- lama ia akan merubah bau perfume tu kepada bau yang meloyakan.

Cara mudah untuk hilangkan bau badan yang kita boleh buat adalah:

1.Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya

2.masa mandi gosok bawah lengan dengan limau kasturi dan biar 5-10 minit baru dibilas. Amalkan 2 hari sekali .

Moga masalah bau badan yang dihadapi dapat diselesaikan. Kalau orang lain, pandai2lah korang tahan nafas masa lalu sebelah mereka ye. Hehe
www.tips-fb.com

2 comments:

miera maira said...Reply To This Comment

wah tips yang best ni ... limau pun boleh guna untuk hilangkan scalps di kepala

missShila Nget said...Reply To This Comment

ada berapa jenis limau..?

limau kasturi, limau purut, limau nipis..

antara limau nipis dgn kasturi, selalu keliru.. T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...