Wednesday, November 13, 2013

Sabar-Aqilah

Assalamualaikum

Salam ceria buat semua. Cerita pagi hari... Hehe

Bila pagi pasti gaduh- gaduh nak cepat walau bangun awal mana pun kan? Biasanya LM akan bergaduh dengan dua yang besar tu minta cepat berpakaian sekolah dan terus solat subuh sebelum hari cerah. Lepas tu nak sarapan ke atau apa ke kemudian cerita

Lepas akak dan abang nya ke sekolah agama turn aqilah pula bersiap. Mandinya punya la lama. Dari jam tujuh tu sampai 7.40 kalau tak di panggil takkan siap menyabun badan.. Grrr

Bila kita panggil dia akan jawab" kejap... Sabar la."

Ummi: nur aqilah... Cepat!
Aqilah: kejap.. Sabar la

Berpuluh kali panggil dia akan jawab ayat yang sama. Sampai la dia siap bertudung.

Sekarang ni bila siap bancuh susu dan LM panggil syafiq

Ummi: syafiq, ambik susu ni
Syafiq: japppp ... Abar la.(kejap. Sabar la)

Uik, syafiq pun dah guna ayat tu?

Okey ummi cuba sabar. Huhuhuh

www.tips-fb.com

2 comments:

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

ntah la ummi ni, abar laaaa... hahahahahaha.... pas ni mcm2 la syafiq berceloteh... budak2 bile dh pndai ckp mmg kuat bebel

diana said...Reply To This Comment

sabar sampai tercabar..hahahah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...