Thursday, November 7, 2013

Super Mama


Assalamualaikum...

Super mama! Super ummi?

Apa saja panggilan untuk seorang ibu ketaguilah bahawa anda memang seorang yang kuat.

Bukan semua orang kuat menghadapi perit jerih mengandung selama sembilan bulan tetapi anda mampu kerana anda seorang ibu. Anda kuat kerana anda mampu melahirkan khalifah Allah yang sangat suci dan comel untuk saham akhiratmu

Ye.. Saya juga super mama. Saya kuat, saya tabah. Saya mampu mengurus empat malaikat kecil ini sendirian tatkala ayahnya ke luar negara selama dua minggu




Saya mampu memandu pulang ke kampung bersama mereka berempat

Saya mampu mengurus mereka bila keluar makan di luar.. Saya mampu.. Walau saya tak yakin saya mampu tapi anda semua sahabat saya kata SAYA MAMPU

Terima kasih sahabat bertanya khabar tatkala saya jatuh, tatkala saya sedih, tatkala saya amat memerlukan kawan berbicara

Terima kasih semua atas nasihat dan semangat. Saya kuat bukan kerana saya sedia kuat, tetapi kerana ada doa ibu ayah dan doa insan tersayang yang sentiasa mahu saya jadi kuat:)

Bukan mudah urus mereka.. Dengan syafiq yang hampir dua minggu tak tido malam buat badan saya benar-benar lemah longlai
www.tips-fb.com

2 comments:

nanakimie said...Reply To This Comment

alhamdulillah.....moga akak kuat selalu:) caiyok super mama!hihi

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

gud ummi hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...