Thursday, November 21, 2013

Tempat Menarik Di Doha Qatar-Souq Wakif

Assalamualaikum...

Dah setahun lebih LM tinggalkan bumi Doha tetapi kenangan manis dan keceriaan hidup di sana masih terbayang di ruangan mata. Segala kenangan indah sepanjang berada di sana tetap tersisip rapi di sanubari.

Niat hati untuk menulis jurnal tempat menarik di Qatar sampai sekarang belum mampu terlaksana. Alhamdulillah dalam kekangan waktu yang ada ni dapat LM siapkan entri pertama tentang tempat menarik yang ada di Qatar.

Yihaaa...tempat pertama yang LM lawati masa mula- mula menjejak kaki di bumi Doha, Qatar adalah souq waqif. Sebuah pasar lama yang jadi tumpuan penduduk tempatan bagi mencari segala barangan seperti kain, pakaian, permainan, kedai menjual haiwan peliharaan, kedai menjahit pakaian, kedai kurma dan pelbagai jenis barangan ada di jual di sini.


Ehem-ehem.. kenangan memborong di souq wakif semasa sarat hamil kan syafiq. hehe

Location souq waqif:Located in the heart of Doha, between Musherib street and Al Rayyan Road. The Souq is within walking distance from Doha Corniche.

Bagi anda yang pertama kali berada di bumi Doha ingin cuci mata boleh la ke souq waqif. Insya Allah anda akan meyukai tempat ini, lepas shopping kalian boleh menikmati pelbagai hidangan enak di deretan restoran yang ada di bahagian belakang pasar ini.

kata-kata tuan tanah: rindunya Qatar!


www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Tempat yang penuh kenangan... best di kat sana.. untung LM tinggal lama kat sna..

Pia said...Reply To This Comment

"salam LM..hurmmm...ntah lah thn bila lah nak sampai sana..dlm mimpi jelah kot..."

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

cuci mata yang macam mana tu kak? haha

Kakzakie said...Reply To This Comment

Mestibest kan dik. Kakak ni entah bilalah boleh jejak sana tu. tak ada dlm perancangan pun..

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

mesti menarik kat sini kan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...