Thursday, November 21, 2013

Tercalar

Assalamualaikum

Salam khamis buat semua.
Dua tiga hari ni jalan mana je ada nampak orang post pasal mulut. Allah beri kita lidah untuk kita guna atas perkara yang bermanfaat, tapi sayangnya ramai antara kita guna lidah untuk menyakiti insan yang di sekeliling kita. Lebih malang lagi mereka sakiti insan yang menyayangi mereka

Sedarkah kita bila hati seseorang dah tercalar dek kata- kata ia tak mudah untuk dilupai walau kata maaf bertimbun kita beri.

Lebih malang lagi jika kata nista keluar dari hasil yang ditaip yang kita tuju pada seseorang. Malang sungguh kerana hasil pembacaan kata kejian, tuduhan dan hinaan yang menggores hati tu terus melekat pada minda dan hati si penerima. Apa yang kita baca akan lebih kuat ingatannya dari apa yang kita dengar, betul kan?

Kita sering lupa, bila kita melukakan hati insan lain dengan perkataan akan merobohkan tembok rasa hormat mereka terhadap kita.

Kita lupa kata pedih kita tak mungkin orang lupakan walau mereka senyum kembali kepada kita

Moga kita menjadi insan yang berhati-hati dalam berkata- kata kerana lidah yang tak bertulang mampu membunuh hati tiap insan yang menerima kata- kata tajam itu... Wallahua'lam
www.tips-fb.com

2 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Peringatan buat kita semua sebab lagi parah andai kelak tiba di padang mahsyar kita lihat pahala kita ada dibuku catatan org yg kita umpat/sakiti. Tak ke rugi kan dik...

mamawana said...Reply To This Comment

Rugikan org yg suka mengumpat dan mengadu domba ini....kitalah yg untung krn diberi pahala demi pahala tanpa kita sedari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...