Thursday, December 5, 2013

Bot Terbalik-5 Nyaris Maut

Assalamualaikum...

Sedihnya hati ni bila tengok mangsa banjir di seluruh negara kita ni. Tadi terlihat dalam berita tentang lima orang nyaris maut apabila bot yang mereka naiki terbalik semasa mereka nak berpindah ke tempat pemindahan banjir di kuantan .

Kesian... Mungkin terlebih muatan atau aliran air yang sangat deras buat bot mereka terbalik. Mujur mereka dapat diselamatkan. Katanya ramai di antara mereka berpindah menggunakan bot persendirian mungkin kekurangan bantuan akibat air naik mendadak mungkin.

Kesiannya, kita yang tak banjir ni asik mengeluh hujan tak berhenti baju tak kering. Sedangkan ada lagi insan yang lebih malang dari kita. Kita ada pakaian, cukup makan, selesa tempat tidur sedangkan mereka ? Ada yang hilang tempat tinggal juga selain hilang barang berharga.

Moga kita menjadi insan yang lebih bersyukur dan prihatin.
www.tips-fb.com

2 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Itulah kan..betul kata LM.. kita yangbtak dilanda banjir ni banyak mengeluh. Bila tgk orang lain lagi malang.. baru terasa diri tak bersabar bila diuji olehNya..

Wanzi said...Reply To This Comment

Begitulah hakikatnya bila banjir, bermacam-macam perkara yang tidak diingini berlaku. Kita harapkan semoga mereka yg terlibat dengan benjana banjir semoga tabah menghadapi situasi ketika ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...