Wednesday, December 4, 2013

Lidah

Assalamualaikum. Hai semua. Mood nak menaip masih lemau. Sakit hati pasal fake acc tu buat hati berombak marah. Dunia akhirat saya tak halal kan guna gambar saya!

Okey nak cerita pasal lidah. Semua orang ada lidah. Kalau pendek jadi sengau kot? Kalau panjang jadi lidah berbelit bila bercakap. Biar bunyik berbelit jangan cakap putar belit.

Ermm... Cantik nya rupa paras kita adalah kurniaan Illahi. Pinjaman semata- mata. Apa yang paling penting kita bertambah cantik jika peribadi kita cantik.

LM agak terkilan ramai di antara kita cukup sempurna wajah, cukup ilmu agama, cukup ayu, cukup kacak tapi bila marah tak reti nak jaga lidah kita dari melukakan hati insan lain.

Hairan... Tak sedarkah kita kata-kata penuh marah yang melukakan hati insan lain tu meninggalkan kesan mendalam yang tak mampu terpadam begitu sahaja?

Paling menyedih kan kadang kala kita mengungkap kan kata kata yang pedih buat insan yang kita sayang. Di mana akal kita bila melukakan hati ibu, isteri, ayah, abang dan sesiapa saja mereka yang kita sayang hanya dalam keadaan amarah kita melukakan mereka. Di manakah peri manusiaan kita bila kita buat mereka bersedih kerana perkataan kita?

Moga kita lebih berhati- hati menjaga lidah kita. Tak kira waktu marah, bergurau atau bila saja . Moga apa yang kita ungkapkan buat orang lain bahagia, bukannya bersedih kerana terluka.
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...